DSC01736(edited)

Sabtu lalu (18 Julai 2009M), sahabat saya Ust. Hishamudin a.k.a. Ust. Mud membawa saya ke Madrasah An-Nadhoh di Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam untuk kuliah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Abd. Mutalib Ma’arof.

IMG(edited)

Kerana kami ada urusan sebelum itu maka kami tiba agak lewat, lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Bagi penduduk di sini mereka mungkin sudah biasa, tapi bagi saya yang baru di Penang ni, saya sangat teruja melihat begitu ramai orang di kuliah tersebut yang diadakan secara mingguan di bangunan Madrasah An-Nadhoh. Di sebalik masalah gejala sosial yang melanda di Bukit Mertajam & di mana-mana pun sebenarnya, masih ramai lagi yang dahagakan ilmu Islam & kebaikan. Begitu ramai sehingga melimpah ke luar madrasah, termasuklah yang mendengar dari pasar jualan di luar madrasah tersebut.

Khusyuk mendengar dari luar madrasah

Khusyuk mendengar dari luar madrasah

Kuliah ini diadakan setiap pagi Sabtu. Ketika kami sampai, Ust. Abd. Mutalib sedang membicarakan bab puasa. Antara yang menarik, diterangkan bahawa malam itu dari terbenam matahari hingga terbit matahari, sebab itu dipanggil qiyamullail bagi yang bangun pada waktu itu untuk beribadat. Tetapi kita memanggil waktu selepas pukul 12 tengah malam sebagai pagi. Sepatutnya waktu itu masih lagi dipanggil malam.

Ketika kuliah telah selesai

Ketika kuliah telah selesai

DSC01744(edited)

Bangunan Madrasah An-Nadhoh

Bangunan Madrasah An-Nadhoh adalah sebahagian dari Yayasan An-Nadhoh, yang juga mempunyai An-Nadhoh Inn.

Saya juga dapat melihat pelajar-pelajar tahfiz di sini. Pelajar-pelajar ini tinggal di tingkat bawah Inn ini buat sementara kerana asrama masih lagi sedang dalam proses pembinaan.

Ada diantara ibubapa pelajar ini yang mengambil kesempatan untuk bertemu dengan anak-anak mereka yang belajar di sini pada hari itu. Saya tertarik melihat satu keluarga yang makan bersama-sama di ruang hadapan An-Nadhoh Inn pada waktu itu. Tertarik melihat suasana harmoni keluarga tersebut. Beruntung sungguh kedua ibubapa tersebut yang mempunyai anak seorang bakal hafiz. Teringat pula saya pada Wafiy. Saya mengimpikan & mendoakan Wafiy juga akan menjadi seorang pencinta Al-Quran bila dia dewasa kelak. InsyaAllah. Amin.

An-Nadhoh Inn adalah sebuah hotel, yang juga mempunyai restoran & bilik-bilik  seminar. Ia dirasmikan oleh Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada April 2007.

An-Nadhoh Inn

An-Nadhoh Inn

DSC01745(edited)

DSC01748(edited)

Selain itu, terdapat juga Pasar Mini An-Nadhoh.

DSC01743(edited)

Di luar kawasan ini pula, terdapat pasar yang menjual pelbagai barangan. Dari makanan basah & kuih muih, hinggalah ke pakaian seperti jubah, telekung, cd, & bermacam-macam lagi. Tempat ini menawarkan pakej lengkap bagi mereka yang ingin menimba ilmu sekaligus sebagai penjana kepada kegiatan ekonomi umat Islam.

DSC01742(edited)

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah menghubungi nombor yang tertera dalam gambar di bawah;

DSC01749(edited)(edited)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

10 responses »

  1. muslimah80 says:

    salam ….

    Semoga ISLAM terus berkembang ke pelusuk tanahair …. amin ya rab ….

  2. Ustaz Hatta says:

    Jazakkallah, semoga perjalanan ini satu jihad kejalan Allah..

  3. SurauDarulSalam says:

    Salam,Semoga perjuangan ini berjihad kerana Allah,AllahuAkbar (takbir)

    • inksensei says:

      W’salam…insyaAllah…sama2 kita tuju arah yg sama. Sama2lah kita berusaha & berdoa. Moga Allah pilih kita.

  4. SurauDarulSalam says:

    salam.ada wab page or blog utk AN-Nahdhoh Inn,Ana nak tau rate nya..

  5. Mohd.Ariff Bin Saad says:

    ane ade anak belajar tahfiz di sini. Masyaalah memang menakjubkan. Semua karektor anak ane jauh telah berubah dan dalam tempoh sebulan sudah boleh hafal satu juzuk dengan baik. Solatnya masyaalah memang dikagumkan. Ane syorkan kepada sesiapa yang ada anak bolehlah hantar kesini. Insyaalah akan mendapat rahmat dari Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s