Bismillahirahmani rahim.

Dari Aisyah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):

“Orang yang membaca al-Quran & dia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka dia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti, sedang orang yang membacanya al-Quran & ia berbolak-balik dalam bacaannya- yakni tidak lancar- juga merasa kesukaran di waktu membacanya itu, maka dia dapat memperoleh 2 pahala.” -(Mutafaq ‘alaih)

dipetik dari Riyadhus Shalihin -Imam Nawawi

DSC01753(edited)

Setiap Selasa malam di masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Minyak, diadakan kelas Al-Quran untuk dewasa/ pemuda. Tenaga pengajar adalah Ustaz Assaad/ Shukri. Saya turut menyertai kelas ini untuk memperbaiki bacaan saya yang masih lagi banyak kelemahannya ni.

Dapat diperhatikan ramai yang menyertai kelas ini adalah dari golongan senior atau warga emas. Pun begitu, walaupun menghadapai kesukaran seperti dalam bacaan contohnya , mereka tetap istiqamah & membuang malu negatif mereka & terus mengikuti kelas ini.

Saya mengharapkan lebih ramai mereka yang lebih muda mengikuti kelas-kelas seperti ini. Daripada lepak di setengah-setengah tempat untuk minum-minum & berkaraoke, lebih baik mereka mendalami ilmu Islam yang sememangnya teramat luas itu.

Atau adakah ini petanda anak-anak muda sekarang lebih baik bacaan al-Qurannya sehingga tidak perlu ke kelas lagi? Kalau betul, alhamdulillah, tapi kalau tidak, bangunlah. Wake up guys! Orang yang ‘cool’ atau hebat adalah orang yang mencintai al-Quran sebab al-Quranlah yang akan jadi pembela kita kelak. Jangan jadi seperti kami yang dah senior ni, masih lagi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sedangkan waktu muda kami tidak difokuskan kepada perkara-perkara yang sepatutnya itu.

Masa muda ni la ilmu lebih mudah masuk kan? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. InsyaAllah. Gunakan masa sebaiknya & ingat al-Quran itu bukan untuk menghias rumah, tapi untuk panduan manusia dunia & akhirat.

Jom baca Quran =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

4 responses »

  1. shukri says:

    Kelas hari selasa je ke?kalau nak belajar drp asas boleh tak?

    • inksensei says:

      Setahu saya kalau di Masjid Tok Lebai Hashim memang hari Selasa. Ada 2 kelas sebenarnya. Kalau nak blaja drpd asas boleh ke kelas muqadam yang dijalankan di waktu yg sama di bangunan kelas di luar masjid.

  2. firdaus says:

    salam…

    bagi tahun 2010 ni .da lg x ..saya tngah mncari kelas belajar al-quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s