Jumaat 24 Julai 09M

DSC01757(edited)

Malam itu saya singgah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh untuk mengikuti satu ceramah sempena peristiwa Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Isa dari Sek. Agama Arab Yayasan Khairiah Kupang.

Masjid Batu adalah masjid yang sangat subur dengan aktiviti & majlis ilmunya. Jadual kuliahnya penuh setiap bulan, menunjukkan suburnya perkembangan jemaah Islam di sini dengan masjidnya yang sentiasa dihidupkan.

DSC01755(edited)

Jadual kuliah bulanan

Jadual kuliah bulanan

Dalam kuliahnya malam itu Ust. Abdullah menegur sikap kerajaan BN yang tidak sepatutnya berusaha merampas kerajaan PAS negeri Kelantan yang mengamalkan Islam. Sepatutnya kerajaan sepatutnya tolong memperbetulkan sekiranya ada kekurangan, bukannya berusaha merampasnya.

Diperingatkan juga jemaah tentang betapa kita sepatutnya sabar & bertahan dengan ujian & cabaran dalam perjuangan menegakkan hukum Allah. Setakat kena gas dll. itu tiada apa-apa dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w. yang dilontar batu, dicederakan, ditimpa pelbagai lagi dugaan & penderitaan dalam usaha menyelamatkan umat manusia kepada jalan yang benar. Para sahabat pun turut diuji sama, seperti Khalid al-Walid yang parutnya di seluruh badan kerana jihad fisabilillah yang dilakukannya.

Kuliah berkenaan Israk Mikraj malam itu adalah berdasarkan buku ‘Kisah Israk & Mikraj yang ditulis oleh Sdr. Zairi Amir bin Wahab (Syariah & Undang-undang: Al-Azhar, Mesir).

Kisah Israk & Mikraj - Zairi Amir bin Wahab

Kisah Israk & Mikraj - Zairi Amir bin Wahab

Ia diterbitkan oleh PASTI Kawasan Baling. Buku comel setebal 50 mukasurat ini memperihalkan peristiwa Israk & Mikraj secara kronologi dengan bahasa yang mudah, ringkas, & padat, merangkumi perkara-perkara penting yang berkaitan dengan peristiwa besar tersebut, termasuklah kisah yang jarang didengar dari saksi peristiwa ituHarganya cuma RM5. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi PASTI Baling.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. saifuddin says:

    salam.. terkenang masa ana prktikal ‘industri’ dan ‘mengajar’ di Seberang Perai dan Kulim. Masa tu banyak pengisian kuliah magrib yang dapat diikuti yang disampaikan oleh Tuan Guru-Tuan Guru serta Ust-ust yang hebat. Antaranya Tn. Guru Hj. Salleh Sik dan Ust Hassan Razak. Semoga nta dapat mengutip banyak mutiara-mutiara ilmu. Ameen.. doakan ana dan keluarga disini ..😉

    • inksensei says:

      Ameen…insyaAllah…ana selalu doakan untuk orang2 yg ana syg…anta pun termasukla tu =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s