Pada Sabtu lalu (25 Julai 09M), saya & rakan sepanitia membawa sekumpulan pelajar-pelajar kami ke Pulau Pinang untuk lawatan akademik B. Inggeris yang dikelolakan oleh panitia. Kami ke Youth Park, Botanical Garden, & Queensbay Mall & membuat beberapa aktiviti meningkatkan kemahiran B.I untuk pelajar-pelajar tersebut melalui cara yang lebih authentic & santai.

DSC01767(edited)

Di Queensbay Mall, sewaktu sedang meng-usha2 kompleks tersebut, saya melalui satu acara yang dinamakan program ‘Young Enterprise’ dimana pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dari sekitar P.Pinang membuat jualan dari produk-produk yang mereka buat sendiri  dalam satu usaha untuk melatih & menggalakkan mereka untuk menjadi usahawan. Program ini turut ditaja oleh pihak swasta.

Bagi saya ia adalah program yang sangat baik & positif dimana pelajar-pelajar & remaja-remaja ini boleh mengalami sendiri pengalaman berniaga secara langsung, di samping menggalakkan budaya persaingan sihat & kegiatan yang bukan saja mendatangkan faedah dari segi minat mereka, bahkan boleh melahirkan remaja-remaja yang positif, optimis, & berdayasaing.

Di sini, saya tertarik dengan satu kiosk yang dikendalikan oleh adik-adik dari SMK Agama Perempuan Al-Mashoor yang turut serta dalam program tersebut & gerai mereka menjual pelbagai barangan ‘handmade’ yang kreatif & menarik. Dari layanan mereka & pengamatan saya, mereka memang pelajar-pelajar yang baik, & mempunyai bakat untuk menjadi usahawanita yang berjaya satu hari nanti =)

Menurut adik-adik SMKA (P) Al-Mashoor ni, walaupun sekolah mereka kecil, tapi pelajar-pelajarnya bagus & aktif. Aktiviti akademik & kokurikulum pula seimbang.

DSC01766(edited)

Produk barang hiasan & cenderamata mereka memang menarik & berwarna-warni

Sibuk melayan pelanggan yang berpusu-pusu

Sibuk melayan pelanggan yang berpusu-pusu

Saya turut membeli produk-produk handmade mereka.

DSC01823(edited)

Antara produk menarik yang dibeli

DSC01825(edited)

Adik Mira A., pelajar yang peramah & berbakat

Adik Mira A., pelajar yang peramah & berbakat

Dalam dunia remaja hari ini yang asyik disogok dengan budaya hedonism & hiburan semata-mata yang merosakkan remaja & masyarakat, saya gembira masih ada pihak yang menjalankan aktiviti yang benar-benar berfaedah untuk remaja, seperti program Young Enterprise ini. Saya harap program seperti ini dapat diperluaskan lagi & dicontohi oleh sekolah-sekolah di tempat lain.

Dan untuk adik-adik yang dari SMKA (P) Al-Mashoor yang berniaga hari tu, saya ucapkan syabas. Moga kalian akan mewarisi kehebatan Sayidatina Khadijah r.a. dalam mengusahakan perniagaan. InsyaAllah =)

DSC01769(edited)

Antara gerai-gerai lain yang turut serta

DSC01770(edited)

DSC01771(edited)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

16 responses »

  1. Salam ziarah.. semoga mendapat kehidupan yang tenang di sana di samping dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sekeliling.. kim slm wafiy..

  2. syira says:

    it’s a nice blog. thanks for promote

    • inksensei says:

      You guys deserve to be promoted. Keep up the good work, & all the best =)

      • syira says:

        there have another information for you…..
        i heard that my ye group will get two award
        the 1st award is best product n 2nd award is best stall…
        thanks again for promote us………

      • inksensei says:

        Your group deserves that. Alhamdulillah. Congratulations =)

      • syira says:

        assalamualaikum……
        can i ask to you something????
        can i know you are a teacher from which school…..
        if you are a teacher, after this i can call you teacher…..
        it’s okay

      • inksensei says:

        Yes, you can call me a teacher =)
        I answered your question in your email. Check it out😉

      • achik says:

        assalamualaikum……
        can i ask you something???
        can i know you are ateacher from which school?????????
        if you a teacher after this i can call you teacher????

  3. iera says:

    itu sekolah saya! ^^,

  4. syira says:

    assalamualaikum sir…..
    long time didn’t hear bout u…….
    i hove sir in a good condition

  5. ana says:

    as salam tuan punya blog🙂
    tersenyum saya saat membaca entry tuan ini sbb inilah sekolah saya yg tercinta!
    young enterprise ini telah dimulakan oleh batch saya iaitu pada tahun 1997 (saya form 4 ketika itu) dan saya merupakan salah seorang daripada pengurus bagi company kecil-kecilan kami yg diberi nama- Coexist Enterprise. waktu tu kami dibimbing oleh Seagate. * setiap sekolah akan dibimbing oleh sebuah company.

    kenangan yg sgt indah untuk saya kerana disinilah saya belajar berniaga.belajar untuk tidak malu berhadapan dengan org ramai. belajar menjadi seorang yg kreatif dan berani bercakap dalam bahasa inggeris tanpa memikirkan sangat akan kesalahan tatabahasa. yg penting CUBA!

    semoga almashoor dan seluruh anak-anak pulau pinang meneruskan usaha murni ini🙂

  6. DYANA says:

    ALHAMDULILAH🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s