Sabtu 25 Julai 09M:

DSC01778(edited)

Malam itu seperti yang dijadualkan, sepatutnya berlangsung Ceramah Mansuhkan ISA di Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, tetapi kerana sifat buta demokrasi, ceramah itu telah dihalang oleh pihak polis yang membawa 2 trak besar water canon FRU bersama 4 buah trak lain yang membawa anggota-anggota FRU yang bersedia menggempur rakyat yang tak membawa apa-apa kecuali telinga & mata mereka untuk melihat & mendengar ceramah.

Bermula petang itu polis telah mengadakan sekatan jalan raya untuk ke tempat program bertujuan menakutkan org ramai untuk tidak ke tempat program.

Program bermula dengan tazkirah maghrib di masjid berdekatan tempat ceramah oleh KP Ust. Yusni, solat Isyak, diikuti dengan solat hajat berjemaah.

Kemudian, polis mula berkumpul di khemah urusetia yang turut menempatkan pentas ceramah. Unit Amal mengepung pentas ceramah bagi menghalang kemasukan polis. Apabila mula diganggu polis, Unit Amal menguatkan kepungan sambil bertahlil sekuat mungkin.

Rakyat yang hadir mula membanjiri mula mengerumuni kawasan pentas. Kedengaran suara-suara tak puas hati & marah dari rakyat yang tidak puas yang  marah dengan tindakan polis yang tidak munasabah itu.

Saya masih ingat kata-kata laungan dari seorang muslimat pada waktu itu; “Ceramah kamu halang, tapi konsert maksiat macam Jom Heboh kamu biarkan tanpa sekatan!”

polis hadir web polis_serbu web Sejurus kemudian, FRU mula muncul, hanya menunggu masa untuk menyerbu. Dalam kekecohan itu, Unit Amal tetap tenang mengawal keadaan. Wakil DPPN kemudiannya berunding dengan wakil polis di atas pentas. Sememangnya segala prosedur memohon permit & segalanya telahpun dibuat oleh pihak DPPN tapi mereka masih tidak meluluskan tanpa memberi alasan.

Akhirnya, memikirkan keselamatan orang ramai, memandangkan itu adalah kawasan perumahan & polis telah membawa bertrak-trak FRU, maka penganjur telah mengumumkan untuk  memindahkan tempat ceramah ke rumah seorang sahabat di kawasan taman tersebut.

Walaupun tidak puas hati & marah dengan tindakan polis, rakyat tetap bersemangat untuk meneruskan ceramah tersebut. Mereka mula menuju ke rumah sahabat yang dirancang & telah menyebabkan kesesakan kerana trak-trak FRU yang menyempitkan laluan kawasan taman perumahan tersebut yang sememangnya tidak sepatutnya dimasuki oleh trak FRU. Unit Amal mula membantu mengawal keadaan.

Unit Amal bertugas mengawal jalan yang disempitkan oleh trak-trak FRU

Unit Amal bertugas mengawal jalan yang disempitkan oleh trak-trak FRU

DSC01777(edited)

Di perkarangan & bahagian tepi jalan rumah sahabat tersebut, ribuan rakyat membanjiri.

DSC01790(edited)DSC01791(edited)

Walaupun terpaksa berdiri di jalan, rakyat di sini tetap setia menunggu hingga tamat

Walaupun terpaksa berdiri di jalan, rakyat di sini tetap setia menunggu hingga tamat

Ceramah dimulai oleh Ust. Yusni yang sangat bersemangat pada malam itu.

DSC01782(edited)

Selain itu, Dr. Mansor & wakil mahasiswa DEMA juga turut menyampaikan ucapan. Turut hadir malam itu ialah wakil ketua menteri P.Pinang, YB Lim Hock Seng.

Jalan di sisi rumah tersebut mula dibanjiri manusia & mereka tetap tetap mendengar walaupun tak dapat melihat ceramah, oleh itu, pihak Pemuda kemudiannya memasang layar LCD & speaker tambahan untuk mereka.

DSC01792(edited)

Ust. Yusni & pimpinan

DSC01795(edited)

Kemuncak ceramah malam itu disampaikan oleh Sdr. Mohamad Sabu.

Dalam ceramah beliau, Mohamad Sabu menegaskan bahawa tindakan pihak polis itu tidak mencerminkan sikap One Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan negara. “Bentuk demokrasi bagaimana yang mereka amalkan sehingga menjadikan ceramah oleh Pakatan Rakyat dengan mudah dihalang dan disekat walaupun rakyat begitu ramai mahukan demokrasi diamalkan dengan cara telus.
“Ini melambangkan bahawa kepimpinan Barisan Nasional dalam negara ini tidak harus dibiarkan terus menguasai negara. “Selagi mereka berkuasa maka akta zalim seperti ISA yang mereka amalkan selama ini akan disalahgunakan untuk memenuhi aspirasi politik parti mereka. “Takut dengan kebangkitan rakyat maka Barisan Nasional akan terus menjadikan ISA sebagai senjata mereka untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dipersada politik negara,” katanya.
Sdr. Hafiz dengan mesej yang jelas...

Sdr. Hafiz dengan mesej yang jelas...

*dengan sedikit tambahan petikan & gambar dari http://siasahdaily.blogspot.com/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. Qorie Afifi says:

    ISA adalah sebuah senjata , menghapuskan ISA seumpana meminta gencatan senjata dari mereka…..nampak payahlah nak boleh …….

  2. seng hean says:

    wakil itu bukan wakil DAP, tapi wakil DEMA
    http://demamalaysia.wordpress.com/

    • inksensei says:

      Maaf atas kesilapan. Maklumat telahpun diperbetulkan & dibuat link ke DEMA. Terimakasih atas maklumat =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s