Ahad 26 Julai 09M

Malam itu berlangsung satu ceramah khas; “Selamatkan Pekerja di Era Kemelesetan Ekonomi” sempena Perhimpunan Pekerja & Wacana Kebangsaan 2009 kali Ke-4 di Stadium Mini, Kepala Batas.

Program ini dianjurkan oleh Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat, dengan kerjasama Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS P.Pinang, & Lajnah Penerangan PAS Kepala Batas.

DSC01812(edited)

Antara yang menyampaikan ceramah pada malam itu ialah YB Tuan Guru Dato’ Hj. Abdul Hadi Awang, YB Prof. Dr. P. Ramasamy, YB YusmadiYusoff, Tuan Hj. Mohamad Sabu, & Tuan Hj. Anuar Tahir.

DSC01808

Antara lain Tuan Hj. Mohamad Sabu menerangkan betapa pentingnya untuk menyertai & menyokong kesatuan bagi pekerja, terutama dalam menangani masalah-masalah berkaitan akta-akta yang tidak memihak kepada golongan pekerja. Beliau juga menegur orang Melayu yang kurang sensitiviti & kurang mengambil tahu tentang isu-isu yang melibatkan kemanusiaan, berbanding dengan kaum Tionghua. Oleh itu, orang Melayu perlu berubah sikap demi kepentingan masa depan negara & masyarakat Melayu itu sendiri.

DSC01815(edited)

Tuan Guru Abdul Hadi pula mengimbau bagaimana sistem komunis & kapitalis telah musnah & mengalami kemusnahan, & beliau menyeru masyarakat supaya kembali kepada Islam.

‘Kebijaksanaan adalah kepunyaan orang-orang yang beriman,’ & Islam adalah agama yang sangat mementingkan ilmu. Tuan Guru Abdul Hadi turut menekankan tentang prinsip keadilan di dalam undang-undang Islam.

Beliau membawa 2 kisah tentang Saidina Ali, iaitu kisah Saidina Ali menghakimi pemyembelih lembu yang dituduh membunuh, & kisah bagaimana hakim mengadili seorang yahudi yang mengambil baju khalifah tersebut;  jelas menunjukkan keadilan Islam kepada semua tanpa mengira agama dll.

DSC01816(edited)

Bercakap mengenai I.S.A., tanpa menafikan kepentingan keselamatan negara, Tuan Guru Abdul Hadi berkata undang-undang ciptaan manusia hari ini tidak dapat menyelesaikan banyak masalah termsuklah Akta I.S.A. yang ternyata telah digunakan bukan untuk keselamatan negara, tapi keselamatan pemimpin.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menegur pemimpin BN yang hanya turun berjumpa rakyat bila ada pilihanraya contohnya seperti yang berlaku di Sarawak. Tambah beliau, kita semua termasuklah golongan pekerja mesti berubah.

*Pemimpin juga adalah pekerja kepada rakyat sebenarnya…tapi ramai yang lupa hakikat ini & hanya menganggap sebaliknya.

Antara puluhan ribu yang hadir pada malam itu

Antara puluhan ribu yang hadir pada malam itu

DSC01800(edited)

Walaupun dengan keuzuran, pasangan warga emas ini hanya pulang setelah selesai ceramah Tuan Guru

Walaupun dengan keuzuran, pasangan warga emas ini hanya pulang setelah selesai ceramah Tuan Guru


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s