Sumber tulisan yang berikut adalah petikan dari beberapa sahabat & rakan bloggers, inksensei, & Al-Quran.

badge mansuh isa

“Allah SWT pernah membenarkan iblis memberikan hujjahnya ketika iblis enggan sujud kepada adam.

Iblis kata dia lebih baik daripada adam kerana ia dicipta daripada api, sedang manusia daripada tanah.

Sesungguhnya Allah SWT maha tahu bahawa hujjah iblis salah dan Dia benar. Tetapi ruang berhujjah tetap dibuka.

ISA, tidak membenarkan ruang berhujjah di mahkamah dibuka.

Polis jadi polis. Polis jadi pendakwa. Polis jadi hakim.

Adakah polis lebih berkuasa dan lebih betul daripada Tuhan yang maha berkuasa?”

Itu adalah jawapan seorang sahabat; Abu Nuha apabila membaca komen seorang penyokong I.S.A. untuk satu posting mengenai I.S.A. di STAY ALiVE 2:154 sebelum ini. Jawapan ini cukup jelas, terutama pada yang mengaku dirinya Islam.

apa itu ISA

______________________________________________


MerahHitam:

Umum ketahui buat masa ini bahawa pihak Polis telah mengeluarkan amaran kepada GMI untuk tidak mengadakan Himpunan MANSUH pada hari Sabtu, 1 Ogos ini. Pihak polis turut memberi amaran serupa kepada Pewaris dan kumpulannya yang berniat untuk juga mengadakan himpunan tetapi menyokong ISA.

Kita sudah menjangka perkara ini. Namun Mesyuarat JK Induk Himpunan dalam beberapa mesyuarat telah sepakat meneruskan himpunan seperti mana yang dirancang. Himpunan MANSUH mempunyai matlamat dan rancangan yang mulia, jelas serta telus.

Himpunan MANSUH mengajak rakyat berhimpun secara aman sebagaimana haknya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan untuk menunjukkan suara perasaan rakyat membantah ISA dalam bentuk Deklarasi Rakyat yang ingin diserahkan kepada Istana Negara. Tiga tuntutan utama ialah Mansuhkan ISA, Bebaskan semua tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting.

Persiapan rapi dengan tumpuan kepada perhimpunan yang aman telah dilakukan. Panduan umum telah dikeluarkan termasuklah panduan kepada persediaan peserta, kelengkapan, poster, banner, bendera dan sebagainya. Pihak keselamatan Himpunan akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal keselamatan Himpunan dengan bantuan Unit Amal. Pada masa yang sama, pasukan pemantau dari Majlis Peguam akan turun membuat pemantauan di samping menyediakan bantuan guaman apabila perlu. Pihak SUHAKAM juga telah dimaklumkan. Semua pimpinan PR dan NGO sama ada lain-lain ideologi (seperti DAP dan GERAKAN) atau lain-lain kaum dan agama telah menyatakan komitmen untuk turut serta dalam Himpunan.

Pagi tadi 15 buah Persatuan-persatuan Cina telah menyatakan sokongan mereka dalam satu sidang akhbar!

Dong Jiao Zhong, pertubuhan pendidik-pendidik Cina yang terkenal juga telah memaklumkan sokongan mereka dan kesediaan pimpinan mereka untuk turut serta dalam himpunan!

Badan mahasiswa juga telah menyatakan sokongan mereka sebentar tadi dalam kenyataan yang disokong oleh 26 organisasi mahasiswa.

Hanya yang tinggal sekarang ialah kerjasama daripada Polis. Kita memohon mereka untuk memberikan kerjasama supaya himpunan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang provokasi atau kekerasan. Buktikanlah bahawa Kerajaan sekarang benar-benar mengamalkan slogan ‘Rakyat Didahulukan. …’

Bagi yang berugama Islam, marilah kita laksanakan solat hajat dan bermunajat kepada Allah. Untuk semua, marilah kita turun dengan rasa tenang, tabah dan ikhlas. Ingatlah perjuangan sahabat terdahulu yang berjuang demi prinsip. Janganlah perjuangan mereka dan nasib mangsa tahanan ISA serta mereka yang dizalimi selama ini disia-siakan.

Laksanakanlah kempen apa sahaja pun menurut kemampuan anda untuk menyokong Himpunan MANSUH pada 1 Ogos nanti. Yang terbaik adalah bersama dalam himpunan, namun jika tidak dapat bersama, fikirkanlah cara supaya sokongan tetap dapat ditunjukkan, mungkin bendera separuh tiang, memakai baju merah hitam, memasang lampu di waktu siang, membunyikan hon dan sebagainya.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Semoga anda sentiasa berada di landasan perjuangan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

-Syed Ibrahim Alhabshi

________________________________________

Siapakah yang merancang bertindak ganas?????

Kata Datuk M.Sabtu:-

“Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak,” tegas Datuk Muhammad Sabtu.
Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata: “Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya,” katanya.
Siapakah yang merancang bertindak ganas?????
Rakyat yang hadir sebagai peserta himpunan cuma membawa penutup muka,tuala kecil, sebotol air mineral dan sedikit garam , sekadar keperluan jika disembur air asid.
Polis pula hadir ke himpunan lengkap dengan shield, cotar, gas pemedih mata dan water cannon yang sarat berisi air asid.
SIAPAKAH YANG BERNIAT BURUK SEBENARNYA???

anakbulanmoden;

Biar FRU datang menghambat, biar water canon membelah udara, lupakan kesakitan tendangan padu tentera BN, kesakitan rakyat lebih diutamakan. Biar diri menjadi korban agar rakyat merasa senang.

Kepada seluruh keluarga tahanan ISA… kami rakyat Malaysia berdiri teguh dan utuh dibelakang, hadapan, kanan dan kirimu… Kita bersama mengorak langkah menghambat kezaliman, menambat kebahagiaan…
isa zalim

Bismillahi rahmani rahim.

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا (٥٨)

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

-An-Nisa’: 58

Bloggers Against ISA

banner_prkn41_harakah

I’m on my way, you’re still reading?


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s