isa1g

Seorang pimpinan hari itu berkata, “Satu perhimpunan aman yang mendapat reaksi secara kejam oleh polis…”

Sila tonton dari awal hingga akhir…jangan skip, anda mungkin tertinggal adegan bongkak & ganas polis yang diperintah oleh mereka yang menganggap rakyat sebagai musuh…

Di Masjid Negara, Dr. Hatta cuba ditangkap tapi rakyat mempertahankan. Pengorbanan rakyat untuk pemimpin rakyat jelas kelihatan. Dengan tidak pernah mengalah & semangat yang semakin padu, Dr. Hatta & Dr. Zulkefli bersama puluhan ribu rakyat terus mara. & FRU terus berlagak menembak mereka dengan peluru gas persis yahudi:

Rakyat disuruh beredar, & bila mereka mengikut mereka ditangkap. Rakyat dilayan seperti musuh. Tonton komen di akhir video ini. Bagus untuk mereka yang buta demokrasi.

Polis  dengan bergaya menembak gas & air kimia  pada rakyat yang dianggap sebagai musuh. Mereka tahu di sana ada rakyat yang tak bersalah termasuk kanak-kanak & tak kena mengena…apa mereka dah buta? Yang sepatutnya melindungi rakyat, menyekat, menangkap, & menyerang rakyat yang cuma mahu berhimpun secara aman. Jika rakyat marah sebegini, bolehkah kita salahkan mereka?

Perhimpunan tak berjaya? See for yourself…

And here is a report by al-Jazeera, though I don’t agree with the number of people involved part , as you can see & as I was there myself  & I know they  were more than 50 000 there. The home minister gave his very lame by-the-book answers to the international reporters. Come on mr. minister, who do you think you’re we are? Kindergarten kids?

Dan kesimpulannya…

*

Berita di bawah dipetik dari http://harakahdaily.net/

Perhimpunan Mansuhkan ISA berjaya – Cif Komander

Ahmad Tajdid | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Aug 01, 09 | 5:57:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Walaupun gagal menyerahkan memorandum menggesa ISA dimansuhkan ke Istana Negara ekoran sekatan pihak polis, Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub tetap menganggapnya sebagai berjaya.

 

ImageKetika dihubungi Harakah sebentar tadi, Salahudin berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.

Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

“Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan,” katanya.

Menurutnya, disiplin dan kesabaran tinggi ditunjukkan para peserta perhimpunan dalam menghadapi provokasi dan tindakan ganas pihak polis membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah matang dalam melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan termasuk hak berhimpun secara aman.

Ini katanya terbukti apabila tiada harta benda awam yang musnah dalam perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang itu.

Mengulas tentang jumlah tangkapan yang tinggi pada perhimpunan kali ini, Salahuddin berkata pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyediakan 30 peguam untuk memastikan mereka yang ditahan selamat dalam tahanan polis dan dibebaskan segera.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mahu kerajaan BN melihat perhimpunan hari ini sebagai isyarat jelas daripada rakyat yang menuntut akta zalim itu dimansuhkan.

GMI juga, katanya akan terus mengadakan program susulan bagi menggesa ISA dimansuhkan.

“Kita juga akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan dan pihak yang membantu menjayakan perhimpunan itu.– tajdid _


Polis Enggan Benarkan Tahanan Temui Peguam

Anis Nazri
Sat | Aug 01, 09 | 9:59:17 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Suasana di Pusat Tahanan FRU Cheras menjadi kecoh apabila pihak polis bertelagah dengan para peserta demonstrasi anti-ISA yang ditahan sebelum dan semasa himpunan MANSUH, hari ini.

 

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS, Athirah Aiman al-Jundi, yang ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, pertelagahan tersebut berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan mereka yang ditahan untuk menemui peguam.

Tambah beliau, pihak polis tidak membenarkan mereka menemui peguam dengan alasan ‘mereka belum ditahan’, selain mengatakan para peguam tidak mengendahkan hak dan nasib mereka.

“Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jika kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?”, soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, alasan polis bahawa para peguam tidak mengendahkan mereka yang ditahan turut tidak masuk akal, memandangkan terdapat tiga peguam di luar pusat tahanan tersebut, antaranya Lateefa Koya yang ingin menemui mereka yang ditahan.

Sambil menyatakan kesemua yang ditahan dipisahkan antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang perbincangan, Athirah turut memaklumkan tiada sebarang keterangan diambil polis ke atas mereka yang ditahan.

“Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali,” tambah beliau yang turut menyampaikan informasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’, ‘Mansuh ISA’, ‘Hentikan kezaliman’, ‘hancur penindasan’, ‘lawan tetap lawan’, selain mendeklamasikan sajak.

Antara yang turut ditahan bersama Athirah ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa; Exco Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; serta beberapa aktivis lain, termasuk isteri tahanan ISA lapan tahun, Norlaila Othman.- mns_

<!–

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s