Salam.

Derma kilat! Diperlukan RM 10, 000 untuk membiayai pembedahan & rawatan anggota Unit Amal Sdr. Razak &  Sdr. Wahab dari P. Pinang yang sedang kritikal di hospital Sg. Buloh. Minta tindakan segera. Kelambatan mungkin menyebabkan Sdr. Razak lumpuh.

Mereka terlibat dalam kemalangan bas yang mereka naiki dalam perjalanan untuk menyertai & mengawal perarakan Mansuh I.S.A. di Kuala Lumpur semalam.

Berikan sumbangan anda, kerahkan usaha, doakan mereka.

Untuk bank-in, masukkan ke akaun BIMB DPP Pulau Pinang: 07016010059732

Derma & tolong sebarkan.

Allah Maha Pemurah & suka kepada orang=orang yang pemurah. Moga Allah membalas amalan ikhlas anda.

Sumbangan Diperlukan Untuk Bantu Unit Amal Yang Cedera

PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.

“Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu,” jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660. – mns_

Terima kasih.

Ketua Pemuda, Ust. Nasrudin Tantawi & Pengerusi GMI, Syed Ibrahim melawat 2 anggota Unit Amal yang cedera tersebut

Ketua Pemuda, Ust. Nasrudin Tantawi & Pengerusi GMI, Syed Ibrahim melawat 2 anggota Unit Amal yang cedera tersebut

*Gambar2 & berita tambahan dipetik dari Blog Jabatan Amal Malaysia: http://jabamal.blogspot.com/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s