tghh

Bismillahirahmani rahim.

Saya bukanlah orang yang pandai menulis atau layak menulis tentang seseorang seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Saya sekadar ingin menyatakan sesuatu yang terlintas & tersimpan di fikiran ini.

Di dunia Islam, beliau sangat dikagumi. Di Malaysia, di mata saya, Tuan Guru Abdul Hadi adalah  pemimpin yang paling saya hormati, kerana ilmunya, kepimpinannya, & semangat perjuangannya. Saya bukanlah orang yang mengikuti jemaah ini seawal zaman kampus. Waktu itu saya masih lagi bergelumang dengan dunia gelap saya yang jauh dari fikrah. Tapi, walaupun di waktu itupun, saya telahpun mengagumi beliau. Bukan sedikit ujian, cabaran, & fitnah yang beliau hadapi, tidak kira samada dari segi fizikal atau mental, tapi beliau tidak pernah berehat dari perjuangan. Bila saya berada di dunia jemaah, saya semakin mengenali beliau sebagai bukan saja sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat, tetapi juga seorang ahli akademik yang sarat dengan cetusan ilmu yang pelbagai.

Tuan Guru Abdul Hadi saya anggap seperti ayah kepada kami semua. Mendidik kami dengan penuh hikmah & ditonjolkannya melalui keperibadian & kehidupan peribadinya sebagai seorang pemimpin, pendakwah, & pejuang yang terus istiqamah berjuang untuk memastikan Islam diletakkan di tempat yang tertinggi.

______________________________________________________________________________________________________

Petikan berikut dipetik dari Ust. Nasrudin Hassan at-Tantawi http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Sekadar satu insiden dari pelbagai insiden yang pernah berlaku pada Tuan Guru sebelum ini.

________________________________________________________

FRU di zaman Najib nyata lebih ganas apabila bertindak nekad untuk menangkap dan mencederakan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sewaktu kami terperangkap di hadapan komplek SOGO .

Alhamdulillah , pihak keselamatan bijak mengawal keadaan dan apa yang lebih mengharukan saya apabila saya sendiri mencadangkan agar Tuan Guru di bawa ke tempat yang lebih lapang , lega dan selamat , Tuan Guru jawab : Tidak mengapa , saya bertahan di sini ! sedang suasana agak kritikal dan saya menjangkakan FRU sengaja mensasarkan Tuan Guru yang tentunya mudah diperhati kerana Tuan Guru berpakaian jubah dan serban putih dalam kumpulan semua berpakaian hitam .

Saya bimbangkan keadaan Tuan Guru sebab sedari awal lagi sekitar jam 10 pagi , telah terlakar wajah lesu dan tidak sihat di wajah Tuan Guru . Beliau menahan sakit belakang yang beliau alami sejak kemalangan jalanraya tempohari . Saya sendiri tanya beliau : Ayah Chik tidak sihat ke ? Tuan Guru jawab seraya mengangkat kedua – dua tangannya : Ya dan wajahnya berkerut .

Lalu macam mana , boleh kah Ayah Chik turun petang ni ? Tuan Guru jawab , InsyaAllah !

Tuan Guru bersama saya , Cif Komander Yb. Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin PAS dan rakan – rakan PKR dan DAP mula turun bergerak dari Pejabat PAS di Jalan Raja Laut menuju Komplek Sogo sekitar jam 1.50 pm .

Tuan Guru berjalan gagah sedang beliau menahan sakit menjadikan kami anak – anak muda gagah dan bersemangat waja . Sebaik terperangkap di hadapan Sogo , kami diasak hebat oleh anggota FRU dan mereka hampir berjaya menjatuhkan Tuan Guru dan kami bergerak ke bahagian sisi Sogo dan berhimpun di situ serta mendengar pidato dari pimpinan dan alhamdulillah deklarasi GMI sempat dibaca oleh Pengerusinya Syed Ibrahim .

____________________________________________________

Berikut ialah ucapan & bacaan doa Tuan Guru Abdul Hadi di hadapan Pejabat Agung PAS sebelum kami bersurai pada 1 Ogos itu;

Semoga Allah sentiasa merahmatimu & memberimu kekuatan Tuan Guru Abdul Hadi.

Semoga Allah memberimu sebaik-baik balasan.

Amin. Ya Robbil alamin.

Allahuakbar!

tokguru1

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s