Sebahagian dari peserta-peserta demo...

Macam-macam cerita ‘menarik’ keluar dalam Utusan Meloya hari ni. Antaranya;

-Anak-anak muda diupah untuk pegi demo…

(setahu saya, pegi demo ni mengorbankan duit, bukan dapat duit, lainlah kalau dianjurkan oleh BN huhu…).

-Peniaga nak saman GMI sebab rugikan perniagaan…

(memanglah rugi sebab diarah tutup oleh kerajaan & polis padahal masa demo tu la paling ramai pelanggan/orang, pastu disembur pula FRU kedai-kedai tu walaupun dah diumumkan himpunan dah bersurai…)

-Dikatakan juga mereka yang berdemo tu memalukan agama & bangsa

(mereka yang pergi demo tu tau mereka bakal berhadapan dengan apa, tapi mereka tetap pergi, kenapa? Sebab sebenarnya mereka tidak mau I.S.A. terus memalukan bangsa & agama kita dengan undang-undang ciptaan manusia yang zalim & bertentangan dengan Islam yang adil. Rujuk artikel2 berikut untuk fakta;

artikel Saari Sungib,

artikel 3,

artikel 2,

artikel 1

artikel Abu Nuha

Dan sebagai tambahan, boleh baca artikel ni;

Demo GMI : Layan intelek UMNO.

Oleh : AdukaTaruna (dengan sedikit editing oleh inksensei)

Gua sebenarnya malas layan ni. Kecuali PRU. Baru gua layan dan terangkan ikut standard level mereka. Hari2 biasa, biarlah memember yang layan. Istiqomah kurang pada diri gua la.

Tapi bila menyedari blog gua pun dibaca oleh UMNO sedikit sebanyak, nak juga gua layan Melayu2 nih.

*Kedai ditutup?

Bila berita TV3, diorang gambarkan kedai lumpuh. Gua siap jelaskan kat adik gua, bahawa, pekedai tidak akan tutup kedai walaupun pendemo cecah puluh ribu. Gua tahu la, sebab gua dah beberapa kali berdemo.

Kita tinggal dulu bab tu. Gua cakap sama adik gua, kompom polis yang arahkan kedai itu ditutup. Dan atas alasan keselamatan. Tak sampai seminit gua cakap, pembaca berita TV3 pun menyebut :

“Komplek membeli-belah SOGO juga diarah tutup.”

Last2 terkantoi sendiri skrip yang lu mahu hidangkan sama orang kampung dan Melayu.

  • Polis arahkan 10 kedai tutup. Alasan keselamatan.
  • TV temuramah kedai A. Kedai A marah polis kerana tidak dapat ambil kesempatan ribuan pendemo. TV tak siar.
  • TV temuramah kedai B pun sama. Sampai kedai D, pekedai marah pendemo sebab teraksa tutup. Sedangkan arahan polis. TV siar.

*Hanya Melayu join demo?

Minority kompom la takut. Kalau Melayu kat China pun, kompom dia takut berdemo dalam satu suasana pemerintahan jakun macam Malaysia ni.

Mengapa tidak mengatakan sebagai bukti sebahagian besar Melayu menolak UMNO? Dan gua sendiri berdemo kerana ISA lebih banyak tangkap ulama, ahli agama, suami orang. Kalau salah, dakwa la kat mahkamah.

*Dihadiri oleh kelompok atas dan pelajar. Tidak mewakili Melayu terbanyak?

Takkan cerdik Melayu kat felda dan kampung untuk tahu kezaliman ISA? Takan orang kampung Melayu yang kurang berpelajaran tu pulak yang nak bangun. Dah tentu puak student, dan puak professional.

*Demo menyusahkan?

  • UMNO pun berdemo masa Malayan Union.
  • Kalau polis sediakan laluan trafik, ada tak huru-hara? Ada tak kedai diarah tutup? Ada tak polis kena maki? Himpunan di Masjid Negara tidak dibenarkan. Polis hanya sediakan Dataran Merdeka. Dan dari situ, sila ikut laluan taffik yang polis sediakan. Hah! Settle tak?

Konsert boleh plak lu handle. Mekel Jeksen datang Malaysia, bolehplak lu sediakan traffik untuk dia. Jaki Can buat pilem, boleh laklu sediakan traffik untuk dia. Tapi untuk rakyat sendiri, untuk kehendak demokrasi macam ni, tak boleh plak?

Kehendak, naluri manusia lu kena handle. Rakyat Malaysia adalah first class di negara sendiri. Dia nak berhimpun nak bersuara, kena layan. Pasal dia warganegara. Kalau bapak Altantuya nak bersuara, nak himpun rakyat kita, barulah kita tak kasi. Just bagi dia media jer.

Sediakan lalulan traffik untuk pendemo. Serah memo, selesai. Balik. Ekonomi meningkat, peluang perniagaan bercambah, peluang kerja naik, duit akif dibelanjakan, polis kena puji, kerajaan orang respek. Semua dapat manfaat.

So to those who still questioning, if you don’t have the facts & the knowledge…it’s wise to shut up.


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s