19a

Aku tiba di KL sebelum Subuh malam itu bersama sahabat-sahabat yang punya tujuan yang sama. Kami kemudian ke Masjid Jamek untuk solat Subuh.

Selepas solat, kami & ramai yang yang lain dikejutkan seorang yang dengan nada yang  kasar, menyuruh kami beredar, katanya mereka ingin membersihkan masjid. Ini bukan pertama kali aku solat Subuh di sini, tidak pernah pula pihak masjid ingin mencucinya pada pagi-pagi buta seperti itu, lagipun, lampu masjid sudahpun ditutup. Kami dapat merasakan ada pihak tertentu yang mengarahkan agar masjid itu dikosongkan. Seandainya si fulan itu menipu kami pagi itu, biar Allah saja yang menghakiminya.

Selepas itu aku & Ust. Firul duduk di CM. Tak lama kemudian, kelihatan sekumpulan polis-polis beruniform & berpakaian biasa berkumpul di situ. Kami kemudiannya ke Jalan Masjid India & berjumpa beberapa rakan di sana. Kami diberitahu satu berita sedih & mengejutkan tentang rakan-rakan Unit Amal kami yang terlibat dalam kemalangan bas yang mereka naiki dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai kami.

Kelihatan polis-polis yang meronda mula menangkap orang-orang yang mereka syaki sebagai ‘pengganas.’ Kami menuju ke arah Sogo untuk meninjau keadaan di sana. Sama saja keadaannya, polis kelihatan sedang menghalau orang-orang & menutup kawasan sekitar Sogo.Ust. Firul kemudiannya mengajak aku makan tengahari di Jln. Masjid India . Selepas kami membelek-belek buku di sebuah kedai buku di situ, kami ke Masjid India untuk solat. Di sana sudah ramai orang yang memenuhi masjid. Kelihatannya golongan musafir & orang-orang di sana sama ramai. Solat jamak berjemaah dilakukan silih berganti.

Seelsai solat, aku dapati satu himpunan sudah ada di luar masjid. Unit Amal mendepani barisan. Laungan semangat & takbir mula kedengaran. Kemudian, bermulalah pergerakan segerombolan manusia yang tiba-tiba menjadi semakin ramai. Dari ratusan menjadi ribuan manusia yang majoritinya berpakaian merah hitam, yang datang entah dari mana. Kami sama-sama bergerak. Melaungkan takbir memuja Allah Yang Maha Berkuasa, mengutuk kezaliman I.S.A ciptaan manusia yang zalim itu.

Waktu itu aku punya 3 tugasan. Melaporkan & mengambil gambar, & mms-nya untuk rakanku; Saif al-Mansur yang sedang meng-update blognya dengan berita terkini berkenaan himpunan ini, mengambil gambar untuk kameraku sendiri, & menyebarkan mesej melalui risalah & perarakan ini.

Dari sana kami bersatu lagi dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Manusia terlalu ramai di depan & belakangku. Dari pelbagai latarbelakang, bangsa, umur, & kepercayaan. Lelaki & wanita. Aku kagum dengan semangat mereka, terutamanya adik-adik siswi muslimah yang berani bersama memperjuangkan keadilan. FRU mula kelihatan.

DSC01840(edited)

DSC01842(edited)

Sesekali kami berlari apabila polis kelihatan ingin mengejar, tapi masih lagi dalam kumpulan ribuan manusia. Kami menuju ke arah SOGO. Dalam perjalanan, kami bertemu dengan saudara-saudara pejuang kami yang telah diangkut polis, pun begitu, mereka tidak patah semangat. Kami melaungkan takbir & mereka membalasnya sambil menunjukkan isyarat ‘Lailahaillallah.’

DSC01843(edited)

Di sana, puluhan ribu kami bersatu, mendengar ucapan dari pimpinan termasuklah Salahudin Ayub, Syed Ibrahim, & Tian Chua. Mesejnya jelas, kami tuntut agar kezaliman ini dihentikan. Kami tuntut hak rakyat & keadilan dikembalikan.

DSC01846(edited) DSC01845(edited)

DSC01844(edited)

Perhimpunan kami kemudiannya diganggu oleh serangan water cannon dari PRDM (Polis Raja di Malaysia) menyebabkan masing-masing cuba menyelamatkan diri.

DSC01847(edited)

DSC01850(edited)

DSC01853(edited)

Waktu serangan berhenti, aku mendekati trak-trak water cannon & PRDM itu untuk mengambil gambar yang lebih jelas.Tiba-tiba mereka menyerang lagi, kali ini dengan tembakan gas yang bertubi-tubi.

Tiba-tiba nafasku mula terasa sesak & perit. Rasanya seperti asap hitam dari bakaran api yang ditiupkan direct masuk ke hidung & mulut (atau mungkin lagi teruk). Aku mengangkat kaki melarikan diri dari kawasan itu tapi langkahku semakin berat. Terasa semakin sukar untuk bernafas dengan rasa sakit yang mula masuk dari kerongkong ke paru-paruku.  Aku menggunakan sisa-sisa tenaga untuk memanjat tangga Sogo lalu aku terduduk di situ. Terbatuk-batuk menahan perit, muntah-muntah akibat rasa yang amat meloya & menyakitkan dada & kerongkong. Kucapai botol mineralku untuk melegakan sedikit kesakitan ini. Di hadapanku seorang pakcik yang mungkin sudah kena terlebih dahulu sedang duduk menahan sakit tapi mulutnya membaca ayat-ayat Allah. Tiba-tiba kulihat 2 orang muslimat rebah di belakangku sambil menahan kesakitan. Aku ingin hulurkan air tapi sudah pun dibantu oleh rakan mereka. Lalu aku menjirus air itu ke kepala seorang adik lelaki di sebelahku buat melegakannya yang sedang terbatuk-batuk menahan sakit. Waktu itu entah bagaimana aku terkenangkan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang sarat dengan penyeksaan & penderitaan tapi semangat mereka tidak pernah luntur. Lalu aku beristighfar mengumpul sisa-sisa tenaga. Beberapa ketika, aku bangkit, ingin bersatu dengan kumpulan manusia yang sefikrah itu lagi.

Aku melihat ribuan lagi manusia yang bersatu kembali & kusertai mereka.

DSC01859(edited) DSC01860(edited)

Dan kami terus diserang lagi, tapi kali ini kami lebih tenang. Aku melihat beberapa pimpinan dalam perjalanan kami. Kemudian aku terserempak dengan Tuan Guru Abdul Hadi & Tian Chua yang dikawal rapi oleh Unit Amal. Kemudian, water cannon & gas menyerang lagi, Unit Amal & kami  bergegas melindungi Tuan Guru.

Aku & puluhan ribuan rakyat meneruskan perarakan. Kali ini kami sama-sama termasuk Dr. Hatta dll, menuju ke Pejabat Agung PAS.

Di sana, kami bersama-sama mendengar amanat pimpinan-pimpinan yang diakhiri dengan ucapan & doa oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Anak muda yang cintakan negaranya & bencikan kezaliman

Anak muda yang cintakan negaranya & bencikan kezaliman

DSC01874(edited)

DSC01875(edited)

DSC01881(edited)

Puluhan ribu manusia bersatu di bawah Bangunan Pejabat Agung PAS...PAS memang 'for all' hari tu.

DSC01883(edited)

Sama-sama berdoa...

Sama-sama berdoa...

DSC01891(edited)

Anak muda pelbagai kaum membantah kezaliman

Anak muda pelbagai kaum membantah kezaliman

Setelah itu, pengerusi mengumumkan yang Himpunan Mansuh I.S.A. untuk kali ini tamat, & meminta semua kami bersurai. Kami masing-masing pun bersurai dengan baik. tapi adakah ia tamat di situ saja?  Bagi Polis Raja di Malaysia, cerita ini tidak patut habis di sini saja…

*akan bersambung di Part 2: Antaranya;

FRU & PRDM menunjukkan keangkuhan mereka, cerita dari dalam Pejabat Agung PAS, & pengakhiran…

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. Interesting post. Keep up the great work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s