DSC01936(edited)

Pada Ahad 2 Ogos yang lalu, berlangsung Himpunan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan di Dewan JKKK Simpang Ampat. Program yang dirasmikan oleh YDP PAS Pas Kawasan Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar itu menyaksikan 2 sessi kuliah.

Kuliah pertama disampaikan oleh Ust. Mohd. Radzuan Ramli yang memfokuskan kepada tajuk ‘Tanggungjawab Pemuda.’

DSC01942(edited)

Dalam kuliahnya, Ust. Radzuan menerangkan bahawa perjuangan PAS & Pemuda adalah untuk meninggikan kalimah Allah, untuk melihat Islam dilaksanakan dimana Al-Quran & Sunnah menjadi rujukan tertinggi dalam negara. Ia bukan perjuangan untuk berkuasa semata-mata. Seandainya perjuangan Islam adalah untuk kuasa semata-mata, Rasulullah s.a.w. pasti sudah menerima kuasa yang ditawarkan oleh pimpinan Quraisy, tapi Baginda s.a.w. tetap menolak walaupun tahu dengan penolakan itu Rasulullah s.a.w. pasti akan menghadapi pelbagai cabaran & kesukaran.

Dalam mendepani cabaran, Ust. Radzuan mengingatkan Pemuda mesti ada akidah & akhlak yang mantap, & rohani yang unggul. Dalam hal ini, Pemuda mesti menzahirkan Islam dalam diri mereka. Beliau mengingatkan, “Tak guna suruh orang kembali kepada Islam, tapi sendiri tak amalkan Islam. Mesti mulakan dengan diri kita sendiri dahulu.” Satu pesanan yang cukup berbisa terutama kepada diri saya sendiri yang sangat banyak kekurangannya ini.

Antara kata-kata lain yang saya ingat malam itu; “Berjuang bukan bersyaratkan menang, tapi menang syaratnya berjuang.”

Kuliah seterusnya selepas solat Isyak & solat hajat berjemaah disampaikan oleh Ust. Afnan Hamimi bin Taib Azamuddin.

DSC01943(edited)Ust. Afnan memulakan kuliahnya dengan mengajak kami menghayati ciptaan Allah, dari Bima Sakti ke pokok dll. & seterusnya manusia. Beliau mengatakan, ramai manusia hari ini bersifat seperti oven microwave, iaitu menerima semua apa saja yang dimasukkan.

Beliau mengingatkan kami tentang tulisan Ust. Nasrudin Tantawiberkenaan cabaran utama umat Islam kini iaitu;

1- Kejahilan ummah

2-Serangan aqidah

3-Golonngan munafiq

4-Sikap umat Islam (tidak sensitif)

5-Ruang yang sempit untuk perlaksanaan Islam

Ust. Afnan juga mengingatkan tentang kejadian-kejadian jenayah yang berleluasa hari ini kerana manuisa menggunakan akal semata-mata untuk undang-undang & membelakangkan undang-undang Allah.

Oleh itu, umat Islam & Pemuda khususnya harus berubah; ‘Sampai bila kita nak jadi pemerhati?’ Ust. Afnan menambah lagi kita mesti berubah dari penonton kepada pemain, ini kerana “kerja Islam full time, kerja lain part-time.”

DSC01949(edited)Program malam itu ditutup dengan muhasabah ringkas oleh Ust. Abu Zubair as-Sindi.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s