Petikan berikut adalah dari blog KPP Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Al Faatihah . Semoga Ruh vokalis kumpulan nasyid kontemporari Rabbani yang telah disahkan kembali ke pangkuan Allah swt lebih kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di hospital Pantai Bangsar , dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dalam golongan hamba – hambaNya yang soleh .
2. Allahyarham al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah sahabat lama saya semasa kami sama – sama merantau ke bumi Syam Beliau seorang yang sangat istemewa dan memiliki suara emas .
3. Allahyarham pernah digelar jelmaan Bilal ibnu Rabah apabila beliau sering ditugaskan untuk mengumandangkan azan di markaz al Arqam Jordan dan juga dalam majlis – majlis rehlah kami apabila tiba waktu solat .
4. Allahyarham juga sangat konsisten membawa Islam melalui pendekatan Nasyid kontemporari bermula dengan kumpula Nada Murni dan kini Rabbani . Semoga usahanya diterima Allah swt sebagai amal yang soleh . Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di angkasapuri RTM kira – kira jam 10.30 pagi tadi.
5. Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh isi keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan permergian beliau adalah satu ketentuan Allah swt yang menyayangi hambaNya Agar bersabar di atas ujian getir ini dan kami juga seluruh ummat Islam sangat merasai kehilangan beliau . Sekali lagi semoga Allah swt merestuinya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus . Al Faatihah .
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang Selangor .
.
*video dari youtube

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Salam alayk’.. Takziah buat keluarga Ustaz Asri Rabbani dan seluruh ahli kumpulan nasyid tersebut. Sesungguhnya, Ustaz Asri ini merupakan pahlawan dan pejuang Islam di medan nasyid di mana kurangnya orang berjuang di medan ini. Bagi ana secara peribadinya, Ustaz Asri mendapat kemuliaan di pengakhirannya kerana allayarham meninggal dunia ketika hendak mengalunkan lagu dakwah di atas pentas. Semoga kita mendapat kemuliaan utk mati di jalan dakwah.. Ameen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s