24 Sya’ban 1430H/ 16 Ogos 2009M

Bertempat di Markas PAS Kg. Pelet, Bukit Mertajam, telah berlangsung program Ijtimak DPPN Pulau Pinang. Pengisian banyak berkisar tentang signifikan PRK N11, & selain pelancaran Kempen Jom Usrah.

DSC01988(edited)

Program ini dimulakan dengan ucapan dari Ust. Soid Md. Amin, Ketua Dewan Ulama PAS P. Pinang.

Ust. Soid Md. Amin

Ust. Soid Md. Amin

Dalam nasihatnya Ust. Soid menyeru pemuda supaya berusaha sepenuh tenaga & upaya untuk memenangkan Parti Islam Semalaysia PAS. Beliau mengingatkan, “kuntum-kuntum yang akan membuahkan buah yang manis datang dari Pemuda.”

Seterusnya, Ust. Rosidi Hussain; Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pinang  pula menegaskan bahawa pilihanraya sebenarnya adalah medan untuk menguji keimanan kita. Beliau turut menekankan  kepentingan usrah.

Ust. Rosidi

Ust. Rosidi Husain

Berkenaan dengan dakwah, pesannya; dalam kita berdakwah kepada orang lain, kita juga mesti bersedia untuk didakwahi orang lain. Kita tak perlu sombong & ego dengan ilmu kita.

Dalam perjuangan, Ust. Rosidi menyarankan yang kita mesti berciri kreatif selain terus istiqamah.

Majlis petang itu diserikan lagi dengan tetamu khas, Ust. Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz, bekas paderi kristian yang kini giat berdakwah kepada muslim & non-muslims, yang juga mudir sebuah maahad tahfiz. Ust. Mohd. Farhan berasal dari Sabah.

Ust. Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz

Ust. Mohd. Farhan Abdullah al-Hafiz

Beliau menceritakan bagaimana beliau telah menghadapi pelbagai dugaan dalam memeluk Islam 18 tahun yang lalu termasuklah hampir mati ditembak oleh bapanya. Tapi, setelah beliau mendalami Islam, beliau telah berjaya mengislamkan ibu, ayah, & adik-beradik beliau.

Bercakap tentang dakwah, beliau melihat yang kita perlu ada reformasi dalam dakwah. Perlu perbetulkan dalam diri sendiri untuk berdakwah pada orang lain. Dalam hal ini, kita perlu ada persiapan diri & kekuatan iaitu;

1- Pemantapan akidah (sangat penting)

2-Kefahaman dalam bidang syariah

3-Akhlak mesti dijaga

Ust. Farhan menyatakan antara sebab kurangnya minat non-muslim kepada Islam adalah kerana orang Islam tidak berminat untuk buat kerja dakwah, di samping tidak menunjukkan teladan yang baik. Juga, tiada enakmen untuk melindungi mereka yang baru memeluk Islam.

Selepas itu, kedatangan Ust. Nasarudin M. Isa, Timbalan Presiden PAS sangat menggembirakan kami.

Ust. Nasarudin M. Isa

Ust. Nasarudin M. Isa

Beliau memulakan bicara beliau dengan mengingatkan kami tentang peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad dimana Allah memberi peluang kepada kita untuk berjuang pada bulan ini, untuk membuktikan komitmen & kesungguhan kita kepada Islam.

Ust. Nasarudin mengingatkan Pemuda tentang kata-kata Rasulullah s.a.w.; “Aku dibantu oleh golongan muda ketika orang tua menentang aku.”

Oleh itu, beliau merayu para pemuda sekelian untuk memberikan tenaga mereka untuk meneruskan perjuangan Islam & beliau mengingatkan kami bahawa usaha kita ini adalah ibadah, termasuklah dalam menjalankan kerja pilihanraya.

Pesan beliau lagi, dalam menjalankan tugas, adab & akhlak Islam mestilah dijaga. Beliau mahu kita menunjukkan yang Pemuda adalah berani & bersistematik.

Mengakhiri ucapan ialah Timbalan KP; Ust. Azman Shapawi Abd. Rani.

DSC01981(edited)

Ust. Azman Shapawi

Ust. Azman mengingatkan kami betapa kami sebenarnya tak punya masa yang banyak. Disamping itu niat harus dibetulkan; bukan untuk menang semata-mata tapi yang lebih utama ialah untuk mendapat redha Allah. Oleh itu, jangan ada perasaan sombong  & bongkak, jangan over-confident, & belajar dari sirah yang lalu. Beliau mengingatkan kami supaya menjaga hubungan dengan Allah terutama  dalam ibadah yang wajib.

Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran program Jom Usrah disamping penyerahan Kit Usrah kepada ketua-ketua Pemuda Kawasan oleh Ust. Nasrudin Tantawi.

DSC01983(edited)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. CReaTiVe SiFu says:

    😀 25 aktiviti & Permainan Percuma Usrah/LDK di creativesifu.blogspot.com.. InsyaAllah dari semasa ke semasa akan bertambah😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s