17 Ogos 2009M

DSC02041(edited)

Subuh itu kami bersolat Subuh berjemaah di markas. Yang menjadi imam ialah Ustaz Ridzuan Mohamad Nor. Seorang pemimpin, pendakwah, & penulis yang saya hormati & kagumi. Saya salah seorang yang meminati tulisannya. Beliau yang saya tahu selama ini sangat aktif dalam memperjuangkan isu-isu kritikal antara lainnya seperti memerangi gejala murtad & memperjuangkan isu Palestine.

Ust. Ridzuan seterusnya menyampaikan kuliah Subuh mengingatkan kami tentang keistimewaan Ramadhan. Dalam perang Badar, para sahabat seramai 313 orang telah melawan 1000 orang. Walaupun kaum muslimin terpaksa melalui panas yang terik & mempunyai persenjataan yang lemah, tetapi mereka telah diberikan pertolongan oleh Allah. Ust. Ridzuan berkata Ramadhan adalah bulan perjuangan, sebagaimana HAMAS sebagai contoh meningkatkan operasi di bulan Ramadhan.

Ust. Ridzuan juga menerangkan betapa Islam itu memang untuk semua, & ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk melaksanakannya untuk masyarakat di Malaysia ini sebagaimana Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contohnya dengan menjadi pemerintah untuk 16 bangsa di zaman Baginda s.a.w.

Dalam melaksanakan perintah Allah, Rasulullah s.a.w. tidak bertangguh, & dalam melaksanakan perintah Allah Ust. Ridzuan mengingatkan kami yang ia mesti dilakukan dengan ilmu berkenaannya.

Mengenali Ust. Ridzuan melalui buku-bukunya & ceramahnya sebelum ini, saya tak sangka rupanya Ust. Ridzuan ini boleh tahan juga bila buat lawak seperti yang sesekali beliau selitkan  di dalam kuliahnya dengan caranya yang selamba.

Pengisian & pertemuan pagi itu memang memberikan kesegaran kepada minda. Ia memang satu Subuh yang indah. Alhamdulillah. Allhuakbar.

DSC02042(edited)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s