DSC02065(edited)

Dalam ceramah kelimanya di Permatang Pasir hari ini iaitu di Markas Besar Pemuda Kg. Pelet, Pak Samad terus menjelaskan kepada rakyat di Permatang Pasir bagaimana kerajaan menghina bahasa kebangsaan & kehendak rakyat dengan berdolak dalih & semakin menangguhkan lagi pemansuhan dasar PPSMI.

Jelas Pak Samad, PPSMI dilaksanakan hanyalah sebagai penyambung legasi politik seorang perdana menteri lalu sebelum beliau bersara, & ia dibuat tanpa sebarang kajian menyebabkan ia menjadi perosak bahasa Melayu & menjejaskan masa depan anak-anak bangsa.

Jelasnya lagi “kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.

“Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung,” kata Pak Samad lagi.

NONEBeliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI “menjadi semakin tidak jelas”.

Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang “tidak tuntas dan berdikit-dikit”.

“Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.

“Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit,” kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

————————————————————————————

Petikan berikut adalah dari http://www.malaysiakini.com/bm/

Kerajaan Terus Hina Bahasa Melayu: Samad

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai “penghinaan berterusan” terhadap bahasa kebangsaan.

“Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

“Bahasa Melayu itu diperhina terus,” kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.

Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme “pendaratan lembut” ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.

Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s