22-23 Ogos 2009M

Malam itu saya ke perkarangan Pejabat Adun di Permatang Pasir bersama dengan sahabat saya Sdr. Rizal untuk bertemu dengan sahabat yang saya hormati; Ust. Akmal a.k.a. Abu Nuha & Cikgu Hamid dari Sabah. Mereka berdua sebenarnya singgah dari Yan, Kedah, tempat Cikgu Hamid.

Supper di gerai Char Kuey Tiow

Supper di gerai Char Kuey Tiow

Dari sana, kami membawa kedua-dua tetamu itu untuk ronda-ronda melihat UPU-UPU & suasana di kawasan Permatang Pasir. Terimakasih kepada Sdr. Rizal yang menunjukkan jalan. Saya memang baru di sini, memang tak tau jalan, lagipun selama ini saya cuma berkurung di bilik gerakan. Kesempatan itu juga dimanfaati saya untuk sama=sama meninjau suasana di markas-markas.

Dari Permatang Pasir, kami ke Markas Besar Dewan Ulama di Kubang Semang.

DSC02075(edited)

Ckg. Hamid mengambil kesempatan untuk mendengar ceramah manakala Abu Nuha melaksanakan tugas photographernya, selain meng-usha2 gerai-gerai yang ada.

Abu Nuha: Ulamak@wartawan@penulis dll.

Abu Nuha yang saya kenali memang seorang 'ulat buku'

Abu Nuha yang saya kenali memang seorang 'ulat buku'

Selepas itu, kami  lepak di UPU Kubang Semang sambil makan kerang. Kebetulan sahabat-sahabat di sana membuat ‘kenduri’ kerang rebus di sana malam itu.

Menikmati 'kenduri' kerang rebus

Menikmati 'kenduri' kerang rebus

Selepas itu, Rizal selaku tourist guide kami membawa kami pusing-pusing melihat suasana pilihanraya Permatang Pasir di waktu tengah malam, sebelum kami singgah makan di gerai Char Kuey Teow.

Banyak juga yang kami bualkan, dari masa lalu ke masa depan, dari isu semasa ke isu personal. Apapun, saya gembira bertemu mereka, sedikit sebanyak, terubat sedikit kerinduan pada sahabat-sahabat jemaah di Sabah.

Kedua-dua sahabat saya ini dari Sabah. Cikgu Hamid berasal dari Kedah tapi bertugas di Sabah. YDP Kawasan yang aktif dengan jemaah terutamanya dalam memajukan PASTI, antaranya termasuklah sehingga berjaya mewujudkan satu PASTI yang terdiri dari pelajar non muslim.

Ustaz Akmal pula bertugas dengan JHEAINS, seorang hafiz yang sering menjadi rujukan saya sekiranya ada soalan berkenaan ayat-ayat atau kandungan Al-Quran. Salah seorang ulama yang aktif dengan jemaah & dakwah di Sabah. Blognya; Abu Nuha Corner merupakan antara blog yang paling top di Sabah, kalaupun tidak yang paling top.

Ust. Akmal merupakan seorang sahabat yang sangat menghormati & mengambil berat akan sahabat-sahabat beliau. Waktu saya sedang melalui masa-masa sukar, saya memang banyak meyusahkan beliau. Berkenaan beliau, satu-satunya perkara yang saya kesalkan ialah, saya meninggalkan Sabah dalam keadaan saya mungkin memberikan impresi yang tidak baik kepadanya, sedangkan beliau merupakan salah seorang sahbat yang saya sangat sanjungi. Bila saya terfikir mengenai perkara-perkara negatif yang pernah saya lakukan & telah saya lalui, semakin saya terasa bersalah kerana telah banyak menyusahkan seorang sahabat yang tidak sepatutnya diberikan beban yang tidak perlu. Apa-apapun, saya pasti, orang yang baik itu akan disayangi Allah, & Ust. Akmal memang seorang insan baik yang telah banyak mengajar saya tentang banyak perkara.

Semoga Allah memberkati Ust. Akmal a.k.a. Abu Nuha & Cikgu Hamid, di dunia & akhirat.

Ckg. Hamid, inksensei, Abu Nuha

Ckg. Hamid, inksensei, Abu Nuha

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. idamaz says:

    maaf cikgu ink tak dapat teman anta malam tu sbb terlalu busy , n ramai yg dok call kacau, nasib ada sdr rizal dapat membantu anta, tak per lepas balik cuti ni, kita pi round-round satu penang dan satu seberang perai ….free je tak ada bayar….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s