24 Ogos 2009M
Petang itu berlangsung acara Sukan Rakyat anjuran DACS (Department of Arts Culture & Sport). Ia berlangsung di kawasan Pasar Ramadhan Kubang Semang. Antara acara yang berlangsung ialah Timbang Sepak Raga, Bowling Buah Nyior, Masuk Bola Keranjang, & macam-macam lagi.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti & VIP. Antara lain ialah Azhan Atan, Racer ARC Yaser Said & group superbike, Ust. Zamri Mantop, YB Manek Urai; Md. Fauzi a.k.a. Abe Uji, Ustaz Salleh Man & isteri & ramai lagi.

Bowling Buah Nyior

Masuk bola keranjang

Tiup jangan tak tiup dik...
Melihat kemeriahan & kegembiraan pada pengunjung & penganjur program tersebut, saya terfikir alangkah indahnya kalau suasana yang penuh meriah, ukhuwah, & kemesraan ini dapat sentiasa dijalankan. Pastinya, ia boleh menjadi tarikan kepada masyarakat muslim & non-muslim untuk mendekati & menghayati keindahan Islam.
Bagi yang berfikiran sempit mungkin akan melihat dari sudut kempen politik semata-mata, tapi saya percaya bagi yang faham tentang dakwah yang mempunyai pelbagai jalan, hikmah, & strategi, aktiviti-aktiviti bercorak kemasyarakatan seperti ini sebenarnya mempunyai kesan secara langsung terhadap masyarakat, apatah lagi jika ianya disertai & dimeriahkan oleh selebriti & VIP yang turut menyampaikan mesej dakwah dalam bicara & kehadiran mereka.
Sekiranya Islam yang memerintah, ia pasti akan jadi lebih mudah. Sebab itu, tiada siapa dapat menafikan peranan penting politik ataupun siasah di dalam Islam. Politik itu sebahagian daripada Islam. Bagi yang benar-benar sayang pada agama Allah ini, pastinya untuk melihat Islam diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pemerintahan & pentadbiran menjadi impian & cita-cita utama. Dan cita-cita itulah yang mesti terus didokong & diperjuangkan selagi Allah memberi nafas kepada kita. InsyaAllah. Allahuakbar =)

Azhan Atan turut memperdengarkan suara merdunya disamping memberi pesanan kepada pengunjung

ARC Racer Yasir Said

Adik -adik ceria bertemu Ust. Zamri Mantop yang turut menunjukkan skill menimbang bolanya hari itu

YB Abe Uji & Ustaz Salleh Man

Antara 'pengunjung' yang menarik perhatian