Kemenangan Milik Islam

Alhamdulillah. Kemenangan di bulan yang berkat ini wajib disyukuri.

Di sebalik usaha gigih & bersusah payah petugas, pimpinan, & penggerak Parti Islam & Pakatan, kemenangan ini sebenarnya adalah kerana anugerah & pertolongan Allah.

Untuk sahabat-sahabat pejuang PRK N11, tak penting untuk saya tulis atau manusia tahu, yang penting, jika saudara-saudari ikhlas, Allah tahu & Allah pasti akan memberi sebaik-baik ganjaran kepada pejuang-pejuangNya di bulan Ramadhan kareem ini.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

————————————————————————————————

Berita di bawah dipetik dari http://harakahdaily.net/

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar
Harakahdaily
Tue | Aug 25, 09 | 7:16:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

 

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.

Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

tahniah

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. erm... says:

    erm balik malam tu gak tak sempat nak celebrate dgn ust yusni, ust shafirol, ust afnan, md noor kat kambing cafe , he he he …

    thank diatas segala bantuan yg trlah diberikan …

  2. idamaz says:

    erm tak ada cite baru ker , asyik main dgn anak yer …rindu la kata kan ….he he he …
    taruk la cite baru ni rasa gian lak nak baca ….asyik dok belek-belek cite lama jugak ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s