26 Ogos 2009M

Berbuka puasa malam tu ada sedikit kelainan kerana turut terhidang sebiji kek birthday untuk adik saya Masturah yang kini berumur 25.  Jadi kami sama-sama meraikannya dengan membaca doa selamat di waktu iftar tersebut.

DSC02170(edited)

Masturah adalah adik saya yang sangat istimewa. Beliau merupakan salah seorang pelajar terbaik TESL UiTM yang masih lagi sedang mengikuti pengajiannya tersebut secara sambilan di UiTM Dungun. Masturah sebenarnya boleh mengambil kursus tersebut secara full-time di Shah Alam tetapi beliau bertekad untuk  mengikutinya secara part time kerana mahu menjaga ibubapa kami di Dungun, memandangkan abang-abang & kakak-kakaknya tinggal di perantauan.

Sememangnya beliau seorang yang sangat kasih & menghormati ayah & ummi kami. Ia dapat dilihat jelas daripada layanan, perlakuan, sikap, & pengorbanan yang dilakukannya demi ayah & ummi. Beliaulah yang menjadi tangan & kaki ayah & ummi di rumah kerana ayah & ummi kami tidak lagi sesihat dulu. Masturah sendiri sebenarnya punya masalah kesihatannya sendiri. Saya dapat melihat sebagaimana Masturah sangat suka menunjukkan kasih sayangnya kepada ummi & ayah, ayah & ummi pula sentiasa gembira dengan kehadiran Masturah. Ummi sering memuji-muji kebaikan Masturah di belakangnya. Sungguh beruntung Masturah mendapat redha & kasih sayang yang tinggi daripada ummi & ayah. Pastinya Allah juga menyayangi adik saya yang comel ni. Alhamdulillah.

Masturah jugalah yang menjadi ibu kepada Wafiy sejak Wafiy dijaga di rumah famili kami ini. Kecuali bila saya pulang ke Dungun, Masturahlah yang menjadi ibu yang menjaga Wafiy seperti anaknya sendiri (Masturah sendiri masih solo…tapi mungkin tak available kot…=)

DSC02172(edited)

Ya Allah, berkatilah umur adikku ini, jadikanlah dia sentiasa disayangi & dilimpahi kejayaan & kebaikan, di dunia & akhirat. Ameen.

“Happy Birthday Masturoh” =P

2 responses »

  1. saifuddin says:

    mcm promosi jer..😉

  2. idamaz says:

    bukan setakat promosi adik tu , ada makna lain tu tuan punya badan pun kira promosi gak ni … he he he
    nnt dah balik penang jgn lupa beli kek lak kita celebrate kat sini lak yer ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s