6 Ramadhan 1430H/ 27 Ogos 2009M

wall5

Malam itu saya solat tarawikh di Masjid Lama Kg. Sura, & selepas 4 rakaat imam berhenti sebentar untuk memberikan tazkirah ringkas berkenaan ayat yang dibaca di dalam solat waktu itu. Saya tak ingat mulanya dari mana, tapi saya ingat tazkirah tersebut berkenaan ayat 46-52 Surah An-Nur:

Bismillahirahmani rahim

لَّقَدۡ أَنزَلۡنَآ ءَايَـٰتٍ۬ مُّبَيِّنَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ يَہۡدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤٦) وَيَقُولُونَ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلرَّسُولِ وَأَطَعۡنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ۬ مِّنۡہُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ‌ۚ وَمَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٤٧) وَإِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَہُمۡ إِذَا فَرِيقٌ۬ مِّنۡہُم مُّعۡرِضُونَ (٤٨) وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلۡحَقُّ يَأۡتُوٓاْ إِلَيۡهِ مُذۡعِنِينَ (٤٩) أَفِى قُلُوبِہِم مَّرَضٌ أَمِ ٱرۡتَابُوٓاْ أَمۡ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ وَرَسُولُهُ ۥ‌ۚ بَلۡ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٥٠) إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥١) وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٥٢)

Maksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. Dan mereka berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami menaati (keduanya).” Kemudian sebagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidak datangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana) mereka ragu-ragu atau adakah (kerana) takut kalau-kalau Allah dan rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Antara yang dihuraikan ialah berkenaan orang-orang yang beriman & orang-orang munafik. Diterangkan bahawa orang munafik hanya mengambil atau menerima hukum Allah sekiranya ia memberi keuntungan (kemaslahatan) kepada mereka, tetapi mereka akan menolak atau meninggalkan hukum Allah seandainya ia dianggap memberi kerugian kepada mereka. Sebagai contoh, dalam bab zakat, mereka melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, tetapi dalam bab menegakkan syariat & hukum Allah seperti hudud, mereka menolaknya ataupun berdolak dalih.

Dalam kes Kartika yang dihukum 6 sebatan kerana meminum arak, hukumannya telah ditangguhkan atas beberapa alasan, walaupun Kartika sendiri rela & mahu hukuman itu dijalankan.

capt.photo_1251186248809-1-0

Menurut Yahoo News, (peliknya) Perdana Menteri 1Malaysia, DS Najib meminta Kartika merayu supaya hukuman sebat itu tidak dijalankan. Walaubagaimanapun, Kartika menolak ‘nasihat’ DS Najib itu & dia berkata sekiranya kerajaan tidak mahu melaksanakan hukuman itu, mereka sepatutnya menyuarakannya secara terbuka.

Kata Kartika, “Saya tidak akan membuat rayuan, teruskan dengan hukuman sebat tersebut, jangan buang masa saya. Peliknya, kenapa mereka buat saya macam ni?”

Menurut menteri yang berkenaan, DS Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Walaupun sebenarnya hukuman 6 sebatan itu sebenarnya tidak mengikut cara undang-undang syariah Islam (rujuk artikel Tuan Guru Abdul Hadi Awang), tetapi semangat untuk melaksanakan hukuman & kesedaran Kartika sendiri patut disokong.

Hikmahnya peristiwa ini juga menyedarkan banyak pihak yang tidur selama ini atau buat-buat tidur & antara yang boleh saya simpulkan;

1-Menunjukkan kelemahan sistem undang-undang syariah di Malaysia, yang masih terhad & terbatas, selain tidak dipandang serius oleh kerajaan. Ia juga membuktikan yang sememangnya Malaysia bukanlah sebuah negara Islam sepertimana yang diwarwarkan oleh kerajaan 1Malaysia. (Pun begitu kita mesti menyokong alternatif yang ada & pada masa yang sama berusaha mengubahnya menjadi undang-undang syariah Islam yang sebenar samada melalui jalan perundangan, politik dll.)

2-Lemahnya pengetahuan tentang hukum syariah masyarakat Islam di Malaysia, kerana selama ini tidak ditekankan dalam pendidikan Islam, yang ditekankan cuma aspek ibadah & sejarah, sedangkan Islam itu meliputi panduan untuk semua sistem kehidupan manusia.

3-Menunjukkan tahap ilmu & kesedaran Islam yang rendah masyarakat melayu Islam Malaysia. Sebagai contoh, ada yang berkata, tak perlu lagi Kartika disebat, kerana keluarganya sudah cukup malu? Ada juga ahli akademik Islam yang berkata, hukuman sebat tidak sesuai dijalankan kerana ia tidak sesuai dengan budaya Malaysia…budaya apa??? Budaya sekular???

Ramai yang tidak mengetahui, bahawa hukuman sebat di dalam Islam tidaklah sekejam atau sesadis hukuman sebat yang dijalankan untuk kesalahan jenayah sivil. Bandingkan sendiri;

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

Tengok pula video di bawah untuk lebih jelas; Cara yang pertama adalah cara Islam, manakala yang kedua ialah cara sekular.Ternyata sebat cara Islam adalah adil & sebat cara sekular adalah zalim.

Sebat atau hukuman di dalam Islam adalah bersifat mencegah & mendidik masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan tersebut. Ini yang sepatutnya difahami. Seandainya Islam benar-benar dilaksanakan secara betul & sepatutnya, pasti masyarakat samada Islam ataupun bukan dapat  menerimanya kerana sifatnya yang adil, berkesan, & praktikal.

Malangnya hari ini, orang Islam itu sendiri yang menyempitkan Islam kerana kejahilan yang berpunca dari pelbagai faktor. Akibatnya, masyarakat semakin rosak & tidak aman, & rakyat disogokkan dengan keamanan & kegembiraan plastik yang hanya make-up semata-mata.

Mengakhiri tazkirahnya malam itu, imam berpesan kepada jemaah yang hadir;

“Patuh & taatilah perintah Allah, walaupun kita rugi.

Kerana itulah sifat orang yang beriman, walaupun kita rugi di dunia, insyaAllah Allah menjanjikan keuntungannya di akhirat nanti.”

Wallahualam.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s