DSC02132(edited)

PRK N11 sudah selesai, & alhamdulillah, Islam menang lagi. Sewaktu berkampung di Markas Besar Pemuda, saya berpeluang mengenali seorang sahabat dipanggil Hj. Bahar. Di peringkat pusat, beliau sebenarnya terlibat secara langsung dengan urusan pilihanraya, & kedatangan beliau sangat membantu kami. Beliau sangat rapat dengan Pemuda Penang kerana beliau sendiri pernah menjadi bendahari pemuda negeri. Sebagai seorang sahabat, beliau seorang yang mudah mesra & pemurah.

Menurut seorang sahabat, dalam kerjayanya sebagai seorang pengurus, beliau seorang yang sangat mementingkan solat dalam memilih pekerjanya.

Sebagai orang yang memimpin & memantau kami, beliau memang seorang yang profesional, tegas, & cakapnya straight to the point, yakni sentiasa berterus terang. Beliaulah yang banyak menggerakkan kami, memang seorang pemimpin yang baik. Beliau bertugas, makan tidur bersama kami di markas, & keluar juga hanya untuk urusan tugas.

Satu hari waktu saya ke markas, hairan kerana Hj. Bahar tiada. Rupanya beliau terpaksa balik ke KL kerana isterinya sakit. Pun begitu, seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat, walaupun jasadnya tiada bersama kami, dia seolah-olah ada bersama kami kerana beliau sering ditelefon & menelefon  jika ada ada apa-apa kemusykilan atau masalah berhubung urusan & kelancaran PRK. Komitmen yang ditunjukkan memang sangat tinggi.

Beberapa hari selepas itu, Hj. Bahar terus kembali ke markas apabila isterinya sudah berada dalam keadaan yang stabil, & beliau meneruskan tugasnya seperti biasa. Beliau adalah contoh seorang pemimpin yang bukan hanya tahu bercakap, tapi melaksanakannya dengan tindakan.

Keikhlasan beliau tidak diragui; kepada Abg. Hj. Bahar, kami sekadar mahu mengucapkan; Terimakasih.

Setiap amal yang ikhlas pasti dibalas dengan kebaikan oleh Allah =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. idamaz says:

    lepas kita dgn cite pasai org la pulak yer …tak per kita tunggu giliran kita pulak yer

  2. salam aedul mubarak utk semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s