DSC01918(edited)

(Ini adalah sambungan dari Part 1 sebelum ini. Kerana sibuk yang amat, & memang masih sibuk sebenarnya,…baru dapat sambung huhu…)

Di perkarangan Bangunan Pejabat Agung PAS, selepas pimpinan meminta kami bersurai, kami pun dengan patuh bersurai. Aku pasti polis-polis itu pun boleh dengar pengumuman bersurai tu.

Tapi, tiba-tiba geng bertopi merah itu muncul, sedangkan perhimpunan sudahpun tiada sebab dah selesai. Dalam kumpulan mereka itu, tiba-tiba dengan ‘gah’nya mereka menyembur air kimia dari water canon ke arah kiri & kanan jalan tempat kami berkumpul tadi. Seolah-olah tidak puas hati lagi dengan apa yang mereka buat tadi. Mereka menembak air secara rambang saja, termasuk ke kedai-kedai sekitar, seolah-olah tiada tujuan, seolah-olah semua di sekitar tempat itu adalah perusuh. Pimpinan & ramai demonstrans yang mulanya ingin pulang terpaksa lari & masuk ke Bangunan PAS. Ada juga yang lari ke sekitar yang lain.

DSC01911(edited)

Berlindung di dalam Bangunan PAS

Bila mereka berhenti sebentar, aku menuju ke arah bertentangan. Pergi ke satu kedai mamak yang dipenuhi orang yang sedang makan. Tiba-tiba, di situ pun mereka sembur! Kesian kedai mamak & orang-orang yang sedang makan tu, tak pasal-pasal kena.

Bila PRDM tu mengganas lagi, aku lari kembali ke arah Bangunan PAS, kali ini aku masuk berlindung di dalamnya. Kelihatan ramai pimpinan di dalam. Sejurus aku masuk dengan beberapa yang lain, mereka berkali-kali lagi menyembur bangunan PAS tu. Memang tak bertamadun betul.

DSC01912(edited)

DSC01915(edited)

Kemudian aku naik ke tingkat 1. Di sana aku berjumpa dengan beberapa rakan pemuda senegeri.  Waktu itu, aku terperasan YB I.R Nizar sedang solat bersama jemaah yang lain.

DSC01919(edited)

Selepas beliau selesai solat, aku tak lepas peluang bersalam dengan ikon rakyat Perak yang sangat aku respek tu. Memang macam yang aku jangka, dia memang ada ‘aura’nya yang tersendiri.

Beberapa ketika selepas itu, keadaan di luar tetiba kecoh. Beberapa orang pegawai PRDM cuba masuk ke dalam. Difahamkan mereka cuba untuk menangkap pimpinan yang ada di dalam bangunan. Walaubagimanapun, Unit Amal tegas & pantas bertindak, tidak membenarkan mereka masuk. Kami pun tau undang-undang maa, mana boleh tangkap orang sukahati je.

Cubaan masuk mereka gagal

Cubaan masuk mereka gagal

Selepas adegan kecoh tu, polis-polis yang berkumpul di luar mula bertindak lebih kasar. Mereka mula menangkap orang-orang yang ada di luar pula, terutamanya yang memakai baju anti I.S.A. (pakai baju pun kesalahan ke?) Aku dapat melihat ada seorang polis berlagak seperti samseng menunjukkan gaya tak puas hatinya ke arah kami kerana tak dapat masuk ke dalam bangunan.

DSC01926(edited)

Waktu aku sedang melihat-lihat keadaan PRDM tersebut, tiba-tiba kelihatan seorang pemuda memakai baju hitam mansuh I.S.A dengan selambanya berjalan melalui kumpulan polis yang berkumpul itu. Bila diamati, rupanya beliau ialah Ust. Yusni, KP Penang. Anak pejuang ini berjalan tenang melalui kumpulan PRDM tu & masuk ke dalam bangunan PAS.

Ust. Yusni kemudian memanggil kami untuk berjumpa di atas. Kami kemudian ke tingkat seterusnya & rehat di situ, sambil melihat-lihat keadaan di luar. Kelihatan FRU masih lagi berkumpul di luar, dengan trak-trak mereka.

DSC01929(edited)

Ust. Yusni (kanan) & Sdr. Amin

Ust. Yusni (kanan) & Sdr. Amin

Beberapa ketika bila keadaan sudah reda, akupun beredar dari situ, lagipun sahabat-sahabat lain dahpun berada di Puduraya. Semasa berjalan kaki menuju ke Puduraya, aku melalui kumpulan FRU yang berkumpul berdekatan Pertama Complex. Kelihatan mereka sedang menikmati makanan mereka dalam trak setelah ‘penat’ berbakti kepada rakyat’.Agaknya apalah perasaan mereka waktu itu ya…& aku terus melangkah pulang…

—————————————————————–

PRDM Merah sedang menikmati makanan setelah puas  'menyembur' bakti

PRDM Merah sedang menikmati makanan setelah puas 'menyembur' bakti

Pulang dari sebuah medan demonstrasi aman yang dihilangkan keamanannya oleh PRDM yang diperintah oleh segolongan manusia-manusia yang menggunakan undang-undang rimba untuk menghukum sesiapa yang mereka kehendaki tanpa bicara, aku yakin jenayah di Malaysia tidak mungkin akan semakin berkurangan. Dengan mentaliti kelas ketiga yang menjadikan rakyat hilang suara & hak, tenaga & kebolehan polis-polis ini yang sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, digunakan untuk menekan rakyat.

Tiada yang akan berubah selagi majoriti rakyat masih lagi menutup sebelah mata, atau menjadi golongan yang malas berfikir & lebih mementingkan keseronokan diri & lambakan material.

Ini cuma kisah seorang aku, tapi kalau kita bersatu, semua ini pasti akan berubah, rakyat akan benar-benar perolehi keamanan, PDRM akan dihormati & bukannya menjadi PRDM, & keadilan akan dinikmati rakyat.

Ini cuma kisah seorang aku, tapi kalau kita mahu, kita pasti boleh lakukannya. Kembalilah kepada keadilan yang menjanjikan hilangnya kezaliman. Kembalilah kepada kebenaran yang tidak akan menipu & menindas. Jalannya sudah ada. Saudara-saudariku yang sedarah dari Adam & Hawa…kembalilah kita kepada fitrah…fitrah untuk semua…

Insaf & kembalilah kepada Islam.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s