Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang menyakiti seorang warga bukan Islam (kafir zinmi), maka dia telah menyakiti aku.”

Peristiwa memijak kepala lembu di Selangor sebenarnya adalah sesuatu yang sangat memalukan, selain boleh membawa salah faham terhadap Islam yang sangat menjaga hubungan sesama manusia. Atas alasan membantah pembinaan kuil di  Seksyen 23, mereka berarak sambil membawa kepala lembu & memijak-mijaknya. (Umum mengetahui lembu adalah binatang suci bagi penganut agama Hindu). Mereka juga membawa banner-banner barbau provokasi termasuklah yang bertulis ‘take beer’ (sebagai penghinaan kepada PAS yang sering melaungkan ‘takbir’). Di masa yang sama, perbuatan mereka melaungkan takbir semasa membuat perkara melampau tersebut & menyamar sebagai orang PAS yang tidak kena-mengena juga sangat dikesali.

Dalang disebalik tindakan bodoh & biadap ini adalah UMNO, & lebih malang lagi, menteri UMNO Dato’ Hishamudin secara terang membela golongan pelampau tersebut. Tidak hairanlah tiada polis atau FRU yang mengambil tindakan walaupun ia jelas boleh membawa kepada perpecahan kaum & mencetus provokasi. (Ia sangat berbeza dengan Himpunan aman Mansuh I.S.A. yang diserang bertubi-tubi oleh polis & FRU dengan air kimia & gas pemedih mata, semata-mata kerana demonstrans menuntut akta zalim itu dihapuskan).

Kerana wujudnya orang-orang seperti mereka inilah, kaum yang bukan Islam menjadi jauh daripada Islam, bahkan telah mendapat persepsi yang salah tentang Islam. Tindakan mereka bukan saja biadap, bahkan menunjukkan kebodohan yang amat.Daripada video di atas, jelas dilihat penjelasan mereka yang kabur & tidak tetap.

Kalaupun benar mereka ingin membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 itu dengan alasan yang mereka ada, perlukah mereka mengusung & memijak kepala haiwan tersebut, perlukah mereka menonjolkan perkataan-perkataan yang menghina Islam., perlukah mereka menujukkan sikap, lagak, & perkataan yang menonjolkan provokasi & keganasan? Daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak Harakah, jelas bahawa ia adalah anjuran UMNO.

Sama-samalah kita membersihkan Islam daripada sikap assobiyah & jahiliyah melampau ini. Islam itu indah & sejahtera. Islam itu membawa keamanan & kebaikan, bukannya pemikiran & sikap sempit yang mementingkan diri. Saya pernah terbaca mengenai peristiwa yang berlaku di Kelantan, di mana sebuah kuil telah diluluskan pembinaannya oleh kerajaan Islam PAS Kelantan setelah permohonan mereka bertahun-tahun ditolak oleh kerajaan BN yang memerintah sebelum itu. Itulah contoh betapa Islam itu bukan agama yang ekstrem & mementingkan diri. Islam menjamin keadilan kerana Islam untuk semua.

Semoga kita semua dapat memahamkan & berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di sekeliling kita, & bukannya mengapikan api perkauman seperti yang dilakukan oleh sekumpulan Melayu UMNO tersebut.

Ikuti penjelasan selanjutnya daripada laporan & artikel  di bawah;

Dipetik dari Harakah Daily

Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah

Dzulfikar Mashoor
Wed | Sep 02, 09 | 3:52:10 pm MYT
SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

 

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

“Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?” kata Nadzham.

Image“Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

“Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato’ Nawawi di belakangnya,” katanya lagi.

Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

ImageSumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.

Image“Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu,” katanya.

Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:

“Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu.”

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu ‘berdarah’ itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.

“Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu.

ImageAgendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, “Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri.”

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, “Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional dengan mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka.”

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

“Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini.”

“Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka.

Image“Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka,” katanya.

Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut

ImageWartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit.

_______________________

Bersihkan Imej Islam Akibat Tindakan Si Jahil

dipetik dari http://www.urusetialandas.blogspot.com/

Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM

PENULIS ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

TINDAKAN sekumpulan pihak yang mengarak serta memijak kepala lembu ketika membuat bantahan tentang cadangan pembinaan kuil di Selangor sebenarnya suatu tindakan yang jahil bersulamkan kebiadapan melampau.

Kebiadapan mereka itu walaupun kelihatan seperti membela hak orang Islam di Malaysia, namun ia jelas ketara tambah memburukkan lagi imej Islam di mata golongan bukan Islam.

Label dan momokan Islam sebagai agama yang ganas seolah-olah sudah disahkan oleh tindakan [sensor] mereka.

Islam amat bertegas tentang penghinaan kepada agama lain yang bakal mengundang permusuhan yang tidak berkesudahan kerana setiap insan akan bermati-matian mempertahankan akidah anutan mereka walau dengan nyawa sendiri.

Larangan provokasi ini dijelaskan oleh al-Quran, maksudnya:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

(al-An’am [6:10]).

Keharmonian Malaysia yang sudah sekian lama terjalin di atas rasa toleransi kaum dan agama, pastinya akan mengundang kekeruhan apabila kepercayaan orang Hindu dihina sedemikian rupa.

Bayangkan apakah reaksi umat Islam sekiranya tulisan Allah diarak, diinjak dan dibakar pula oleh para penganut Hindu yang tersinggung dengan tindakan jahil kumpulan terbabit.

Untuk itu satu langkah drastik perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk segera mencuci tahi yang telah dipalitkan oleh kumpulan terbabit.

Sekiranya pihak berkuasa agama boleh segera bersidang untuk mengeluarkan fatwa berikutan kenyataan politik sesetengah tokoh yang dirasakan mengancam akidah umat Islam, situasi kritikal seperti ini lebih lagi perlu diutamakan.

Jelaskan segera kepada penganut agama lain, bagaimana Islam melarang sama sekali tindakan sedemikian. Peranan pihak berkuasa agama perlu disegerakan untuk menjernihkan kembali kekeruhan yang melanda bertepatan dengan firman Allah, maksudnya:

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa

(al-Hajj[22:40]).

Hak penganut Hindu untuk mendirikan rumah ibadat mereka tidak pernah dibantah oleh Islam. Itulah keistimewaan Islam yang agak terbuka dengan pengamalan agama lain selagi mana penganut agama itu masih berstatus dhimmi (bernaung di Negara Islam) dan bukannya harbi (memusuhi Islam).

Selain itu, pendekatan penerangan melalui media arus perdana perlu segera dibuat bagi mengubat luka para penganut Hindu di Malaysia.

Sekiranya tindakan lambat diambil, luka itu akan bertukar menjadi barah yang sukar diubati lagi.

Bahkan barah ini kelak boleh menjadi penyebab gagalnya gagasan 1Malaysia. Pengalaman perit konflik agama yang menumpahkan darah di negara luar perlu dijadikan teladan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia.

Kepada mana-mana kumpulan yang bercadang untuk melakukan sebarang tindakan provokatif di masa hadapan, silalah bertanya dahulu kepada ahlinya.

Hayatilah firman Allah:

Maka bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui

(al-Anbiya'[21:7]).

Jangan sampai apabila kekacauan telah meletus kerana tindakan [sensor] sesetengah pihak, pihak yang tidak bersalah pula menerima kesan akibatnya.

Renunglah ancaman Allah di dalam ayat ini:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya

(al-Anfal[8:25]).


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s