14 Sept. 2009M/ 24/25 Ramadhan 1430H

Isnin lalu, Pemuda Batu Kawan yang dipimpin oleh Sdr. Saufy telah mengadakan Iftar Jamaie bersama-sama warga Kg. Tok Panjang di surau Kg. Tok Panjang. Program yang bermula kira-kira pada pukul 6.30 ptg dimulakan dengan ucapan KP, lalu diikuti oleh takirah yang disampaikan oleh Sdr. Azwan.

Sdr. Azwan menyampaikan tazkirah

Sdr. Azwan menyampaikan tazkirah

Antara lain, Sdr. Azwan dalam tazkirahnya membicarakan persoalan taqwa yang merupakan tujuan utama yang ingin dicapai melalui ibadah di bulan Ramadhan, juga keampunan dari Allah s.w.t. Dalam mengimbangkan pendengar yang juga terdiri daripada adik-adik cilik & remaja, Sdr. Azwan turut memberi contoh-contoh mudah bagi memberi lebih kefahaman.

Selain itu, turut disentuh mengenai kepentingan membaca & memahami Al-Quran bagi umat Islam.

Majlis iftar selepas itu dimeriahkan dengan sumbangan juadah daripada mereka yang hadir.

DSC02211(edited) DSC02212(edited)

Saufy & anak-anak buah...

Saufy & anak-anak buah...

DSC02214(edited)

Selepas solat maghrib bersama-sama, kami menjamu selera dengan nasi minyak masakan Bro. Zainy & isteri. Memang sedap.

Senyum Bro. Zainy, nasi minyaknya memang best =)

Senyum Bro. Zainy, nasi minyaknya memang best =)

Kepada semua yang hadir, terimakasih. Teruslah menambah amalan di bulan mulia ini.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s