PIC_0620(edited)

Pagi Eidul Fitri, ayah, ummi, adik saya Ida & suaminya Bat, anak mereka Faiz, & saya ke Surau Tn. Hj. Zainal Abidin di Pekan Sura Gate. Kebiasaannya, kami memang solat raya di situ.

Khutbah tersebut mungkin antara khutbah raya yang terbaik saya pernah hadiri.

Secara ringkasnya, khatib menerangkan mengenai apa yang diraikan pada Eidul Fitri ini.

Pertama, ia adalah perayaan meraikan iman. Iman & Islam kurniaan Allah ini adalah yang paling penting bagi umat Islam. Tiada makna hidup tanpa iman. Khatib menyeru jemaah sekeliannya agar menjaga iman dengan sebaiknya kerana iman adalah lebih penting dari nyawa.

Kedua, kita meraikan Al-Quran yang Allah turunkan kepada manusia. Khatib berpesan’ “jangan penjarakan Al-Quran di pejabat agama & masjid sahaja.” Al-Quran merangkumi segala yang diperlukan oleh manusia. Jangan beriman dengan dengan Al-Quran dari segi ibadah sahaja, tapi dari segi perundangan, ekonomi, dll. kita tidak beriman. Di mana nilai iman kita? Layakkah kita mengatakan kita beriman dengan Al-Quran yang diturunkan Allah?

Ketiga, khatib berpesan kepada hadirin supaya jangan ‘kurang ajar’ dengan Allah setelah kita diajar dengan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan. Jangan sia-siakan amalan yang telah kita lakukan selama ini. Setelah kita ditarbiyah di bulan Ramadhan, jangan kita rosakkannya dengan amalan-amalan sia-sia & perbuatan-perbuatan yang dimurkai Allah.

Keempat, ambillah peluang hari raya ini untuk mengeratkan silaturahim sesama kita, teguhkan ukhuwah Islam.

Jangan lupa juga mendoakan saudara-saudara seIslam dengan kita di seluruh dunia terutamanya mereka-mereka yang sedang berjuang menegakkan agama Allah, mempertahankan hak, menyelamatkan akidah ummah, di Palestine, Afghanistan, Iraq, Chechen, Mindanao, Selatan Thai, Kashmir, China, & di seluruh dunia.

Moga Allah menerima amalan kita di bulan Ramadhan, moga Ramadhan ini adalah titik tolak kepada hijrah diri kita ke arah yang lebih baik.

Eid Mubarak.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s