Posting dibawah dipetik dari blog sahabat yang kuanggap saudara: http://nurilhakim.blogspot.com/

(dengan sedikit editing)

poster jelajah ukhuwwah

XPDC Ukhuwwah Ramadhan mencapai 75% sasaran. Kampung Monsok, Binowou Tengah dan Himbaan berjaya diterjah dalam masa 4 hari yang padat. Seterusnya Kampung Kionsom Kecil, Kanibongan dan Saab berjaya ditembusi. Sementara Kampung Kobuni, Nunuk Ragang dan Luanti diserahkan kepada rakan-rakan NGO yang lain. Tinggallah Kampung Estet Tenghilan dan Topokon yang akan dikunjungi sebagai sebahagian daripada program raya pula. Kampung-kampung ini tidak boleh diabaikan.

Di Topokon terdapat dua kes aqidah perlu dibantu, begitu juga masalah muallaf di Kampung Estet Tenghilan. Semalam Azmi, abang sulung daripada 5 beradik di Rumah Anak Yatim Tambunan menghubungi. Beliau punya masalah untuk pulang beraya. Mujur sahaja tambangnya untuk pulang 5 beradik mencukupi. Begitu juga adik-beradik Firdaus seramai 6 orang. Pastinya raya ini mereka menantikan kunjungan abang-abang dan kakak-kakak PSS di Kampung Kemborongoh, Ranau. Dan pastinya mereka mengharapkan kunjungan itu tidak dengan tangan kosong.

Minggu lepas sehari sebelum pulang ke semenanjung saya sempat bertanyakan keadaan hidup beberapa orang pelajar yang tinggal di asrama, terdiri daripada pelajar miskin dan anak yatim. Salah seorang daripada mereka, Adik Sufry, mempunyai 8 beradik, bapanya tidak bekerja kerana sakit teruk dan ibunya yang terpaksa membanting tulang sebagai tukang sapu dengan gaji RM400 sebulan. RM400 untuk 10 beranak sebulan. Sufry hanya mendapat duit poket RM10 sebulan daripada ibunya. Rupanya rata-rata pelajar di situ hidup dalam keadaan sama. Baju mereka yang kelihatan tidak kemas dan selalu tidak dimasukkan ke dalam seluar bukan kerana mereka samseng, tetapi kerana baju tersebut telah dipakai begitu lama, sehingga sudah kecil dan susah hendak dimasukkan. Usah bertanya tentang baju raya; sepasang baju melayu khas yang disimpan di dalam almari di rumah dan hanya digunakan ketika raya, begitulah takrif baju raya baru bagi mereka. Mujur sahaja ada insan-insan budiman yang sudi menghulurkan wang, membolehkan 5 daripada mereka merasa memakai baju dan kopiah baru tahun ini.

Hakikatnya, raya telah terlalu lama disalahertikan. Kewajipan membeli berpasang-pasang baju baru, menukar langsir, mengecat rumah dan menambah garaj telah menyebabkan ‘maraton memberi’ yang telah dibiasakan di bulan Ramadhan terhenti dengan mengejut, menjadi ‘maraton membazir dan membeli’. Begitu juga anak-anak yang dibiasakan menagih duit raya dan melantak juadah raya sebagai tanda balas dendam berpuasa selama sebulan. Hairankah jika anak-anak merengek kerana baju raya hanya sepasang dan kuih raya hanya dua tiga jenis? Mampukah mereka menghayati kehidupan golongan kurang berkemampuan sebagaimana yang dituntut oleh Ramadhan? Berikan mereka wang poket RM10 sebulan dan tunggu apa kata mereka. Sedangkan sambutan Eid Fitri, yang bermaksud kembali kepada fitrah itu seharusnya menjadi pecutan permulaan kepada hidup yang lebih bersederhana, dengan keazaman membantu mereka yang kesusahan dan meringankan beban yang kekurangan. JOM!! Jadikan raya pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya..

*PSS mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk lebihan atau serdak kuih raya untuk dibawa ke kampung-kampung muallaf, lebihan baju raya buat menutup aurat penduduk miskin yang tidak berpakaian dan baki batu-bata yang telah anda gunakan untuk membesarkan rumah untuk membina rumah bagi mereka yang hidup berbumbungkan langit di Negeri Bawah Bayu ini. PSS juga menerima sumbangan duit raya daripada baki bonus raya yang tidak digunakan atau sisa duit RM1 yang telah ditukar tetapi tidak sempat diagihkan kepada saudara-mara.

Sebarang maklumat bolehlah menghubungi Saudara Nadir di 0198110964.

Terima kasih.

*PSS: Persatuan Siswazah Sabah, terdiri dari siswa-siswi Sabah & yang menuntut di Sabah, samada lepasan atau sedang, yang komited dalam fikrah & jemaah Islam, giat menjalankan aktiviti kebajikan, dakwah, pendidikan dll. di bumi Sabah. Sumbangan yang anda hulurkan kepada PSS insyaAllah tidak akan sia-sia.

Boleh rujuk di http://siswazabah.blogspot.com/

Advertisements

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s