27 Sept. 2009M

DSC02328(edited)

Ahad itu, saya pulang dengan Minami (kereta saya) dari Dungun Ke Penang. Perjalanan pulang itu nyata berbeza kerana pastilah semangat memandunya tak sama seperti waktu pulang untuk bercuti raya. Saya membawa kereta dengan lebih santai sambil mendengar halwa telinga dari modulator MP3.

Semasa di Chalok/ Jalan Trg-Jerteh, tiba-tiba semasa sedang melalui satu selekoh dengan kelajuan sederhana, saya melihat sebuah kereta Satria yang terbalik di tepi jalan. Terkejut juga melihat ada tangan yang cuba keluar dari situ. Saya tahu kemalangan ini pasti baru saja berlaku beberapa minit. Dengan segera saya & seorang kakak dengan keretanya di depan terus parking & bergegas ke arah kereta yang terbalik itu. Sebiji tayar depannya tercabut & tercampak ke bahu jalan. Kelihatan anak muda yang memandu kereta tersebut telahpun keluar, termasuk dua orang perempuan yang lain. Saya mengagak mereka adalah sekeluarga.

DSC02330(edited)

Semakin ramai yang berhenti & memberikan pertolongan. Kami dengan segera sama-sama mengopak pintu kereta tersebut untuk mengeluarkan seorang makcik yang masih terperangkap di dalam. Risau juga terutama bila melihat keadaan bawah boot kereta tersebut yang sedang berasap. Alhamdulillah berjaya dilakukan. Ambulan juga pantas tiba di tempat kejadian. Ramai yang membantu, termasuklah mengawal lalulintas untuk melancarkan tugas paramedik.

DSC02331(edited)

Bila semuanya dah selesai, saya teruskan pemanduan. Saya doakan makcik tersebut sekeluarga dapat kembali ke rumah mereka dalam keadaan yang selamat. Macam biasa, ramai lagi yang memberhentikan kereta  untuk melihat-lihat walaupun sebenarnya itu tidak membantu keadaan sebenarnya, bahkan mungkin sebaliknya.

Ketika memandu, saya teringat kata-kata Dr. Lo’Lo’ semasa beliau memberikan ucapan di Surau Bernas, Kota Kinabalu beberapa tahun yang lalu. Waktu itu antara lain beliau meluahkan kebimbangan beliau kerana melihat kadar kemalangan yang sentiasa meningkat saban hari. Kata beliau, sebab itulah setiap kali beliau menaiki kenderaan, beliau akan pastikan beliau akan memulakan perjalanan dengan mengucap kalimah syahadah, kerana adalah sesuatu yang tak mustahil untuk kita mati dalam kenderaan kita, terutama dengan kadar kemalangan kita yang tinggi di Malaysia ini.

Untuk rekod, kadar kematian bagi kemalangan jalanraya untuk Ops Sikap ke-20 baru-baru ini sahaja ialah seramai 261 orang.

Sehingga sekarang pun, saya masih mengamalkan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr. Lo’Lo’.

Moga Allah memberikan kita kematian yang baik. Moga Allah menyelamatkan perjalanan kita di dunia & akhirat. Ameen. Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s