banner

Jumaat 2 Sept. 2009M

Petang itu saya ke Sik, Kedah untuk Program Memperkasa Akidah di SMKA Sik. Ada beberapa sebab yang menyebabkan saya agak excited sebenarnya dengan program tersebut. Pertama, saya akan bertemu kembali dengan sahabat baik & juga mentor, Ust. Abdullah Din. Beliaulah yang mengajak saya untuk bersama-samanya untuk program tersebut. Alhamdulillah.

Ust. Abdullah Din

Ust. Abdullah Din

Kedua, setelah sekian lama, saya berpeluang memberikan sumbangan untuk program yang bagi saya sangat bermanfaat ini, yang memang saya biasa ikuti di Sabah sebelum ini.

DSC02340(edited)

Di dalam program memperkasa akidah ini, peserta akan didedahkan dengan kandungan bible, mengetahui kelemahan yang pelbagai dalam buku ciptaan manusia tersebut. (Nota: Bible bukan Injil, terjemahan BM bible ialah Al-Kitab).

DSC02335(edited)

DSC02339(edited)

DSC02341(edited)

Selain itu, peserta juga akan mengetahui tentang bukti kebenaran kandungan Al-Quran yang ternyata benar & membandingkannya. Hasilnya, peserta insyaAllah akan merasa yakin dengan Islam, & tidak merasa takut atau risau dengan bible kerana menyedari pembohongan, percanggahan, & pelbagai kelemahan yang terdapat di dalamnya. Peserta juga bisa memperoleh keyakinan yang bertambah dengan Islam & ilmu untuk berdakwah bukan sahaja kepada orang lain dari kalangan muslim & bukan muslim, bahkan ia merupakan satu dakwah kepada diri mereka sendiri.

Ramai di kalangan umat Islam, terutamanya di Semenanjung, tidak begitu nampak faedah & keperluan program ini. Ia sesuatu yang difahami kerana mereka tidak pernah mengikutinya. Pun begitu, untuk pengetahuan para pembaca yang dirahmati Allah sekelian, dengan isu murtad & gejala sosial terutamanya di kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi sekarang, sebenarnya, keperluan untuk memperkasa atau memantapkan akidah sebenarnya sangat-sangatlah perlu, & perlu disokong & diperluaskan. Tambahan pula, mereka yang berkemahiran dalam bidang ini sangatlah sedikit, oleh itu kursus ini boleh menjadi permulaan kepada langkah melahirkan para da’ie terutamanya dari kalangan muda-mudi muslimin &  muslimat, samada dari aliran agama atau tidak. Dan perlu diingat kursus atau program ini bukan untuk pelajar semata-mata, bahkan untuk sesiapa saja yang berminat.

Sewaktu saya tiba petang tersebut, Ust. Abdullah sudahpun menyelesaikan beberapa sessi ceramah & LDK (latihan dalam kumpulan) & waktu itu adalah LDK & ceramah yang berikutnya.

Malamnya, program LDK & ceramah diteruskan, termasuk perbincangan & seterusnya pembentangan oleh kumpulan-kumpulan pelajar dalam sesi menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya oleh non muslims kepada orang Islam seperti kenapa Islam benarkan poligami?, adakah orang Islam sembah Kaabah?, kenapa sembelihan dalam Islam kejam? dll. Sesi ini banyak memberi info & menonjolkan kesungguhan pelajar-pelajar ini.

Tekun mendengar & mencatat

Tekun mendengar & mencatat

DSC02352(edited)

Ustazah Norshimah yang sangat berjasa & banyak membantu untuk program ini

Ustazah Norshimah yang sangat berjasa & banyak membantu untuk program ini

DSC02354(edited)

DSC02357(edited)

DSC02360(edited)

Kumpulan ini membuat pembentangan untuk soalan "Kenapa ada poligami dalam Islam?"

Kumpulan ini membuat pembentangan bagi jawapan untuk soalan "Kenapa ada poligami dalam Islam?"

Saya turut menyertakan slot baru iaitu ‘Back to Islam 1 & 2’. Bahagian 1 merupakan sessi penghayatan tentang betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w. Kerana beberapa faktor, & mungkin kelemahan saya sendiri, di samping ini lebih merupakan pertama kali sesi seumpama ini diadakan untuk kursus ini, ia agak kurang mencapai sasaran saya. Walaubagaimanapun, insyaAllah akan diperbaiki untuk kali yang lain. Berkenaan dengan sesi ‘Back to Islam’ ini, ia juga menunjukkan satu sifat positif  Ust. Abdullah iaitu beliau sentiasa bersedia & terbuka untuk menerima idea-idea baru dari sahabat, selain beliau sendiri suka belajar dari orang lain. Daripada perbualan kami juga, saya tahu beliau adalah seorang yang sangat menghargai sahabat-sahabat & orang-orang yang berilmu.

Sabtu 3 Sept. 2009M

Program diteruskan pagi esoknya dengan beberapa sesi LDK & penerangan oleh Ust. Abdullah. Selain dari memberi nasihat kepada adik-adik pelajar tentang kebenaran Islam & kebatilan kristian, juga kepentingan ilmu & menjaga akidah, Ust. Abdullah juga menasihatkan adik-adik pelajar SMKA Sik ini agar menghormati & menghargai para warden & guru-guru yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Sesi ‘Back to Islam 2’ selepas itu pula berjalan dengan baik & pelajar memberikan tumpuan & respon yang baik. Saya mengambil kesempatan untuk menggalakkan adik-adik pelajar ini untuk menggunakan kemahiran & kemudahan yang ada hari ini seperti internet untuk berdakwah & mencari ilmu, selain menggunakan usia muda mereka untuk Islam dengan sebaik-baiknya.

Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran yang dihormati Tuan Pengetua SMKA Sik. Di sini kami ingin mengucapkan terimakasih di atas layanan & kerjasama yang sangat baik dari pihak SMKA Sik. Kami juga mohon maaf bagi sebarang kelemahan & kesilapan dari kami. Moga SMKA Sik akan terus melahirkan generasi muda Islam yang berjaya di  dunia & akhirat, yang akan terus mendaulatkan Islam, insyaAllah.

Bergambar kenangan dengan ustaz

Bergambar kenangan dengan ustaz

Ust. Abdullah bersama En. Syafizan, warden yang disayangi warga SMKA Sik

Ust. Abdullah bersama En. Hafizan, warden yang disayangi warga SMKA Sik

Terimakasih ustaz-ustaz...

Terimakasih ustaz-ustaz...

DSC02380(edited)

* Liputan mengenai program ini juga boleh diikuti di blog Ust. Abdullah Din di http://belimbingislam.wordpress.com/

**bagi yang berminat dengan program ini, boleh baca posting berkaitan di sini. Program ini tidak bermotifkan keuntungan.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

9 responses »

  1. Usamah says:

    salam jmpa kwn lama nmpk. kami nni dah lupa ke???
    sda jmpa pengganti ka??

  2. husna says:

    asalamualaikum, ustaz… sya nk mngucapkn bebnyk tima kasih.. bnyk yg tlah kmi pljari..syukran.. kini, kmi x tkut nk memegang bible… sngguh bnyk ilmu yg kmi pljari.. lg1, sya dh buka lmn web erin.. best sgt…!!! syukran ustaz..

    • inksensei says:

      W’salam Husna. Afwan. Kami pun nak ucapkan terimakasih pada kamu semua yang rajin belajar. Sebenarnya, kami pun banyak belajar dari kamu & pihak sekolah kamu =) Ilmu itu anugerah Allah.
      Jangan lupa ke blog Ust. Abdullah juga. Besar jasa Ust. Abdullah tu pada kita. Harap ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya, insyaAllah =)

    • husna says:

      sya brsyukur sgt2 sbb program nie d anjurkn kt smkas yg sya sgt cintai nie…

  3. Assalamualaikum,ustaz…saya nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ustaz kerana sudi datang ke SMK Agama Sik walaupun ustaz dtg lewat sikit…tp tidak mengapa…kami sgt mengalu-alukan kedatangan ustaz….kehadiran ustaz telah memberikan suatu pendedahan yang bermanfaat kpd kami semua serta turut memberi kesedaran kepada kami mengenai dunia Islam hari ini… ….Terima Kasih

    • inksensei says:

      W’salam. Kami pun nak ucapkan terimakasih atas kesungguhan & layanan yang sangat baik dari kamu semua. Alhamdulillah.
      Terimakasih semua =)

  4. Syahidah says:

    salam..
    nk betulkan sikit..
    nama warden SMKA Sik
    En. Hafizan bin Awang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s