Khamis, 08/10/2009 –

Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya memberi amaran terhadap konspirasi Zionis terhadap bandar al-Quds yang dijajah. Perancangan jahat mereka berlangsung bagi menjejaskan Masjid al-Aqsa sehingga kawasannya dapat dibahagikan sebagaimana yang telah berlaku kepada halaman Masjid al-Ibrahimi sebelum ini. Kerajaan Palestin itu juga menegaskan bahawa perancangan jahat itu tidak akan dapat dilaksanakan melainkan setelah kami terkorban. Masjid al-Aqsa adalah garisan penentu, kerananya seluruh umat Islam sanggup berkorban.

Kerajaan Palestin itu menambah semasa mesyuarat mingguan kabinetnya pada hari Isnin (10/6), bahawa segala kenyataan yang berbentuk kutukan dan herdikan sudah tidak lagi berguna berhadapan dengan tindakan-tindakan biadap Zionis. Seluruh bandar al-Quds sedang berhadapan dengan bahaya. Tindakan yang berkesan perlu diambil segera bagi memberhentikan permusuhan dan pencerobohan. Antaranya ialah bahawa para pemimpin Arab dan Islam segera menyahut seruan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang menuntut agar hari Jumaat akan datang dijadikan sebagai ‘hari kemarahan’ demi bandar al-Quds serta mengambil tanggungjawab bagi membebaskannya.

Seterusnya ia berkata: “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Ramallah yang menghalang demonstrasi yang mengutuk apa yang berlaku di bandar al-Quds. Kami menganggap tindakan itu sebagai bersekongkol dengan pihak Zionis bagi menyembelih bandar al-Quds serta merupakan pencerobohan yang mengaibkan terhadap rakyat Palestin yang mahu menyampai dan menunjukkan perasaan mereka dengan bebas dalam isu nasional yang tidak dicemari oleh perselihan dalaman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Dipetik dari http://palestinkini.info/


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s