Pertamanya, maaf dipohon kerana lambat mengepost entry ini, terutamanya kepada sahabat-sahabat Batu Kawan. Apa-apapun, terimakasih kepada semua yang menjayakan jamuan tempohari. Lain kali buat lagi =)

DSC02390(edited)

KP Batu Kawan; Sdr. Sofi mengalu-alukan semua yang hadir

Pada 4 Oktober 2009M yang lalu, DPPK Batu Kawan telah mengadakan jamuan BBQ di Kedai Sdr. Sofi, Kg. Tok Panjang. Majlis itu telah dilangsungkan dengan jayanya dengan kehadiran para pemuda & juga penduduk setempat. Alhamdulillah, semua orang dapat menikmati ayam, daging, sosej & burger panggang, termasuklah makanan-makanan lain yang disajikan dengan gembira.

Sdr. Din sedang mempamerkan skill memanggang dagingnya yang tersendiri

Sdr. Din sedang mempamerkan skill memanggang dagingnya yang tersendiri

Para 'unit amal junior' ini gembira dengan tugas khas mereka malam itu; makan!

Para 'unit amal junior' ini gembira dengan tugas khas mereka malam itu; makan!

DSC02388(edited)

Apa yang penting? Kerjasama...

Apa yang penting? Kerjasama...

Turut hadir ialah YB PR (PKR), YB Ong Chin Weng, Adun Bukit Tengah.

Bersama YB Ong Chin Wen

Bersama YB Ong Chin Wen

Saya secara peribadi sangat tertarik & hormat dengan sikap beliau yang terbuka & mesra rakyat itu. Beliau bukan sekadar datang hanya untuk menunjuk muka sahaja, bahkan sama-sama makan dengan tangan, berborak & bersembang dengan kami agak lama sebenarnya.

DSC02396(edited)

Kemesraan antara Pakatan Rakyat, & juga hubungan baik para pemuda PAS dengan penduduk setempat jelas kelihatan di majlis tersebut. Pastinya hubungan positif ini akan terus disemai & dipupuk sentiasa, insyaAllah.

DSC02403(edited)

Sdr. Azman & Zamadi dari DPPN turut hadir

Sdr. Azman & Zamadi dari DPPN turut hadir

Terimakasih semua =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s