Rabu 14 Okt. 2009M

Kisah-kisah Daripada Rasulullah s.a.w.

Malam itu di Masjid Batu, Ust. Ahmad Fahmi bin Abu Bakar menyampaikan kuliahnya di bawah tajuk sirah Rasulullah s.a.w. Kali ini Ust. Ahmad Fahmi menyampaikan kuliahnya berdasarkan buku ‘Kisah-kisah Daripada Rasulullah’ karangan Allahyarham Dato’ Ishak Baharom.

Ustaz Ahmad Fahmi bin Abu Bakar

Ustaz Ahmad Fahmi bin Abu Bakar

Ustaz menceritakan tentang kisah 3 pemuda yang terperangkap di gua & mereka bertawasul. Ia diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. & berlaku sebelum zaman Rasullah s.a.w. Diterangkan tawasul bermaksud perantara. Kita boleh bertawasul dengan amal soleh sendiri atau amal soleh orang lain, tetapi tawasul dengan makhluk adalah haram. 3 pemuda yang terperangkap itu bertawasul iaitu dengan amal soleh mereka & memohon pada Allah agar memberikan pertolongan kepada mereka.

Umum mungkin ramai yang sudah mengetahui kisah ini, tapi penerangan yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Fahmi menjelaskan lagi pengajaran & elemen-lemen penting yang patut diketahui berdasarkan kisah tersebut.

Ustaz Ahmad Fahmi menerangkan bagaimana dengan Islam segalanya akan menjadi baik, iaitu apabila Islam benar-benar dipraktikkan dalam kehidupan samada di peringkat negaranya ataupun individu. Oleh itu Islam mesti didahulukan dalam semua perkara & aspek kehidupan. Seperti yang dinyatakan ‘aslim taslam’, iaitu ‘dengan Islam kamu selamat.’ Bukan rakyat didahulukan semata-mata. Bagaimana kalau rakyat mahukan judi atau rasuah? Adakah rakyat perlu didahulukan? Bukan rakyat didahulukan, bukan keranamu Malaysia, tapi kerana ALLAH.

Dalam kisah yang diceritakan, pemuda yang pertama adalah pemuda yang sangat baik & taat pada ibubapanya. Dalam hal ini diingatkan hadirin supaya mengutamakan ibubapa, terutamanya kalau ibubapa kita sakit, jangan anggap itu sebagai beban. Sentiasa hubungi mereka sekiranya berjauhan. Allah telah memberikan kita kemudahan telefon, sms, gunakanlah semua tu untuk menunjukkan kasih sayang & keprihatinan kita kepada mereka. Sesungguhnya berbakti kepada ibubapa adalah amalan yang mulia. Dalam hal ini, Ustaz mengingatkan hadirin bahawa dosa besar pertama adalah syirik, & yang keduanya pula adalah derhaka kepada ibubapa. Walaupun mungkin ada yang ibubapanya tidak baik, tapi itu antara dia dengan Allah. Kita sebagai anak tetap mesti menghormati mereka.

Pemuda yang kedua pula adalah seorang pemuda yang meninggalkan peluang untuk berzina kerana takutkan Allah, & pemuda yang ketiga pula ialah seorang pemuda jujur dengan wang yang dipegang amanahnya. Berkenaan wang, Ustaz mengingatkan hadirin supaya menjauhi & tidak terperangkap dengan riba.

DSC02489(edited)

Kisah ini adalah kisah pertama di dalam buku karya Allahyarham Dato’ Ishak Baharom tersebut. Buku ini kini boleh dibeli di STAY ALiVE Shop.

Qiraaton

DSC02488(edited)

Ustaz Ahmad Fahmi turut menerangkan mengenai projek bantuan kepada mangsa gempa di Padang dimana pihak sekolah beliau Sekolah Tahfiz Al-Islah akan membuat lawatan ke sana pada hujung Oktober ini untuk memberikan sumbangan berbentuk bahan-bahan untuk pendidikan.  Untuk mendapatkan dana, pihak sekolah turut membuat qiraaton di beberapa tempat, termasuk di Masjid Batu malam itu, dimana seorang pelajar membaca & memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (dengan merdu sekali) untuk hadirin, selain membesarkan ayat-ayat Allah, diharap hadirin dapat memberi sumbangan bagi tujuan itu. Menurut Ustaz, 30% dari sumbangan akan diberikan kepada sekolah tahfiz, & 70% lagi adalah untuk dana sumbangan bagi projek bantuan tersebut.

Sesiapa yang ingin menyumbang atau ingin mengikuti lawatan ke Padang tersebut, bolehlah menghubungi pihak Ustaz di 04-5732633.

Sekolah Tahfiz Al-Islah

Untuk menyumbang kepada pembangunan Sekolah Tahfiz Al-Islah yang bertempat di Tasek Gelugor ini, bolehlah hubungi pihak sekolah di nombor di atas atau terus ke blognya di http://projektahfiz.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s