DSC02494(edited)

Syawal yang lalu, saya berkunjung ke beberapa rumah terbuka yang dibuat oleh kawan-kawan. Salah satunya ialah yang diadakan oleh rakan & sahabat, Sdr. Redzuan.

Redzuan yang juga seorang suami & bapa kepada seorang baby comel adalah seorang guru Kimia yang aktif dalam mengendalikan sukan ragbi di sekolah . Beliau sentiasa berpakaian kemas di waktu kerja & merupakan seorang guru yang sangat disenangi murid-murid.

Yang sangat saya hormati berkenaan Redzuan ialah, beliau seorang yang istiqamah dengan masjid & surau, termasuklah amalan-amalan sunat. Beliau juga sangat suka membaca. Beliau berumur 29 tahun, lebih muda dari saya.

Ramai orang-orang biasa yang hebat di keliling saya adalah orang yang lebih muda. Merenung diri saya yang sudah tak muda lagi ini, terasa masa itu terlalu banyak disia-siakan…

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah umur kami yang masih ada ini dengan kebaikan & ketaatan kepadamu. Berkatilah kehidupan sahabat-sahabatku ini yang sentiasa ingat kepadaMu Ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka di dunia & akhirat. Amin. Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s