Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya.”
DSC02529(edited)

Pada Jumaat 30 Okt. 2009M yang lalu, kami dari Batu Kawan Sdr. Sofi, Azwan, Ckg. Tengku Nor Azmi & saya ke Bandar Perda untuk melawat sahabat exco DPPN PP iaitu Sdr. Mad Nor.

DSC02530(edited)

Mad Nor yang saya kenali adalah seorang ahli perniagaan gigih yang berjaya. Beliau yang berumur 39 tahun ini adalah pengarah urusan bagi syarikatnya. Beliau memang mempunyai semangat yang tinggi dalam memajukan diri samada dari segi spiritual mahupun material. Bagi kami di jemaah Penang, SMS dari Mad Nor sentiasa setia memberitahu kami jika ada sebarang makluman atau aktiviti.

Di sebalik kejayaan beliau, Allah menguji beliau dengan penyakit Pneumonia sejak sebulan lebih yang lalu, & penyakitnya memang membataskan aktiviti & memberi kesan secara langsung kepada fizikal beliau seharian.

Pun begitu, di sebalik keuzurannya, bapa kepada 3 anak ini tetap bersemangat apabila kami berbincang mengenai pelbagai perkara, dari ESQ hinggalah ke projek dakwah untuk remaja & non-muslim, beliau nyata memberi sokongan padu.

Waktu saya sedang menulis posting ini, saya & seorang sahabat juga sedang diuji Allah, tapi bila saya teringat kembali kepada Mad Nor, saya disedarkan bahawa walau betapa berat sekali ujian yang dihadapi, hidup mesti diteruskan, usaha mesti terus, & Islam mesti terus diperjuangkan.

*Bagi semua sahabat-sahabat yang mengenali, & para pembaca yang dihormati & dirahmati Allah  sekelian, saya mohon masa saudara-saudari selepas habis membaca artikel ini untuk meluangkan selama sekurang-kurangnya 10 saat dari masa saudara-saudari untuk mendoakan memohon pada Allah agar memberi kesembuhan & kemudahan kepada Sdr. Mad Nor.

Terimakasih. Moga Allah membalas amal ikhlas kalian dengan  kebaikan, insyaAllah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s