DSC02542

Dipetik dari  http://jomusrahpemuda.blogspot.com/

.
1 November 2009 Pongsu Seribu –” Kita mestilah boleh dikritik, sebab kita ahli politik, kita bukan botol plastik”. Itulah buah yang berbisa dilontarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Y.Bhg Ust Idris Hj Ahmad ketika beliau membentangkan kertas kerja dalam program Ijtimak GERAK 01 anjuran Lajnah Tarbiyah & Latihan Perkaderan (LTP) Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang baru-baru ini.

Ust Idris Ahmad membentangkan kertas kerjanya ‘Usrah & Kepentingannya’ turut mengingatkan kepada semua peserta bahawa tarbiyah adalah tunjang utama sesebuah gerakan Islam dan Usrah adalah nadinya.

Beliau turut menjelaskan bahawa ahli PAS yang terdiri dari berbagai latar-belakang dan fikrah hendaklah bersedia untuk mengikuti acuan tarbiyah yang telah disediakan oleh PAS dan meneruskan kelangsungan tarbiyah tersebut dalam segenap aspek jemaah.

Pembentangan yang memakan masa selama 2 jam setengah itu sangat mendapat respon yang menggalakkan apabila hampir 15 orang peserta bertanyakan pelbagai soalan. Isu berkaitan EGM dan kebijaksanaan pemimpin PAS menghadapi media adalah antara soalan ‘panas’ yang diajukan bertubi-tubi. Kesemua soalan tersebut dijawab oleh beliau dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Hasil dari semangat spontan yang ditunjukkan oleh hampir 200 orang peserta, sebanyak RM 572.00 berjaya dikumpul hasil dari derma kilat yang dilancarkan untuk mengisi tabung dana program LTP.

Program yang julung-julung kali diadakan itu diakhiri dengan solat hajat yang diimamkan oleh Ust Fauzi Yusof selaku Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah BPPNPP, memohon kepada Allah agar diselamatkan dari ujian getir yang melanda jamaah ketika ini.

Peserta muslimat turut memberi komitmen kehadiran yang luar jangka.
DSC02537(edited)

Walau mengalami keuzuran mata, Ust. Afnan tetap mempengerusikan program dengan bergaya =)

“Sekali lagi hangpa panggil aku mai, aku nak tengok usrah di tempat hangpa berjalan”. Itulah ‘amaran’ tarbiyah yang diberikan Ust Idris untuk kami bawa pulang ke kawasan masing-masing.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Barakallah..banyak liputan menarik syekh..apakabar?

    • inksensei says:

      Alhamdulillah ustaz. Bisnes & kerjaya ok. Kehidupan personal pula sedang mengalami ujian. Itu sunnah hidup sebagai manusia. Apa-apapun kita syukur.
      Ustaz pula apa khaba? Masih di Kota Marudu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s