BWAB woman wth M-16 copyDipetik dari Islam Return

Perjuangan bangsa Moro yang tinggal di selatan Filipina (Mindanou) telah bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol lagi. Setelah kesultanan Sulu berakhir, Mindanou telah diberikan kepada pemerintahan Filipina. Maka bermulalah siri penindasan kerajaan Filipina kepada kaum minoriti muslim di Selatan.

Konflik di Mindanou menarik minat saya sejak belajar di universiti lagi. Perasaan ingin tahu dan mengenali bangsa Moro yang bernaung dibawah perjuangan Islam yang dikenali sebagai Moro Islamic Liberation Front (MILF) menjadikan saya begitu teruja untuk mendekati individu yang terlibat secara langsung di dalam perjuangan MILF. Mungkin itulah sebabnya saya di hadir Allah ke bumi Sabah yang bersempadanan dengan Selatan Filipina.

Sememangnya mengenali susuk perjuangan MILF dari kacamata pejuangnya sendiri, menjadikan diri ini mengenali apakah erti jihad. Masakan perjuangan yang menggalas senjata semudah perjuangan mengungkap kata, perjuangan mengalirkan darah semudah perjuangan mengalirkan peluh dan perjuangan mempertaruhkan nyawa semudah perjuangan mengerah tenaga.

Ibarat bumi Palestin, Mindanao turut merasai basahan darah para syuhada yang mempertahankan maruah Islam. Kehidupan yang hampir dipinggirkan dari dunia luar menjadikan bangsa Moro seolah-olah tiada pembelaan. Walaupun sebenarnya mereka ini adalah pemilik asal tanah kepulauan ini, namun kini mereka telah menjadi suatu bangsa yang minoriti dan terkebelakang dari segi arus kemodenan. Itulah hakikat pahit yang perlu dilalui oleh mereka.

Penderitaan 1

mainpix

 

 

 

 

 

 

 

 

 

26 September 2009 : Ketsana
4 Oktober 2009 : Parma
31 Okt 2009 : Taufan Mirinae

Filipina telah dilanda 3 taufan yang mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa dan kemusnahan harta benda. Malah taufan ini telah melumpuhkan aktiviti masyarakat di Manila iaitu ibu negara Filipina. Pusat-pusat pemindahan dibina sebagai tempat perlindungan sementara rakyat, malah istana presiden juga terpaksa dibuka untuk rakyat berlindung.

Penderitaan rakyat Filipina ini turut dirasai oleh masyarakat antarabangsa. Limpahan bantuan dari seluruh pelusuk negara mula membanjiri bandar Manila. Media-media massa memaparkan kesengsaran dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa taufan.

Mungkin ada yang terlupa bahawa semua taufan tersebut terjadi atas titah perintah yang Maha Agong. Sebagaimana titah perintah Presiden Filipina agar kepulauan Mindanou diserang, begitulah titah yang Maha Agong agar bandar Filipina diserang. Mungkin kah gelombang kemurkaan Tuhan ini, adalah perantaraan doa-doa mujahidin dan insan yang tertindas?

Penderitaan 2

lu_04.1

Mindanou sebuah negeri dibawah kesultanan Sulu akhirnya menjadi tanah jajahan akibat dari perjanjian Sepanyol dengan Manila. Menurut Abu Zubir, perjuangan mereka sebenarnya bertunjangkan akidah. Ini adalah kerana tanah air umat Islam telah dijarah oleh penjajah.

Komposisi masyarakat di Mindanou kini telah berubah dimana umat Islam terdiri daripada 12 ribu orang manakala masyarakat kristian pula seramai 18 ribu orang. Pertambahan masyarakat kristian ini adalah diantara agenda kerajaan Filipina yang telah memindahkan penduduk yang beragama kristian secara beramai-ramai ke Mindanou.

Menurut Abu Zubir lagi, kehadiran mereka (orang luar) ke Mindanou adalah bersama-sama dengan geran tanah yang diperolehi dari persekutuan, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut. Diskriminasi juga berlaku, dimana penduduk muslim hanya diberi 12-15 ekar tanah sahaja, manakala penduduk luar diberi 30 ekar tanah untuk peladangan dan sebagainya. Situasi ini menjadikan masyarakat muslim yang dahulunya majoriti di kepulauan ini, semakin hari semakin terhimpit.

Perjanjian demi perjanjian telah di nodai oleh kerajaan Filipina. Terbaru satu perjanjian damai yang memberi hak autonomi kepada MILF yang sepatutnya ditandatanangi sebelum Ramadhan tahun ini di Kuala Lumpur telah dinafikan oleh kerajaan Filipina. Akibatnya tercetus kembali peperangan antara tentera Filipina dan MILF yang mengakibatkan beratus buah rumah termasuk masjid dibakar dan dimusnahkan. Masyarakat muslim kembali menjadi pelarian dan tinggal di khemah-khemah perlindungan. Namun, berita tentang penderitaan masyarakat Mindanou langsung tidak dipaparkan dimedia antarabangsa.

Mengenali sesuatu bangsa memungkinkan kita mengenali sejarah perjuangan mereka. Mengenali sejarah perjuangan mereka memungkinkan kita mengenali semangat jihad mereka. Mindanou menyimpan seribu rahsia ‘jihad’ yang terpendam dan ingin dipadamkan.

Siapakah bangsa asal Mindanou?
Bagaimana Islam sampai di Mindanou?
Apa kaitan tausuq di dalam perjuangan umat Islam di sana?
Mengapa bangsa Moro bangkit mempertahankan tanah air?
Apakah kaitan Moroland dengan Libya dan Malaysia?
Benarkah Sepanyol dan Amerika Syarikat menjadi dalang merubah peta Moro?

dan banyak lagi, bacalah di entri dibawah untuk mengenali mereka..

http://sangtawal.blogspot.com/2009/03/hikayat-sangtawal-12-bangsa-moro.html

http://cintailmoe.wordpress.com/2008/04/07/sejarah-islam-di-filipina/

http://en.wikipedia.org/wiki/Moro_people

http://www.tausug-global.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Suluk

http://www.voa-islam.com/news/philipine/2009/07/16/326/apa-dan-siapa-bangsa-moro/

http://www.luwaran.com/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s