12 Nov. 2009M

Ustaz Abdullah sedang tekun mengkaji wordpress

Sejak saya berhijrah ke Penang, saya tinggal seorang diri di rumah teres sewa saya itu. Kadang-kadang ada juga kawan yang datang bertandang, samada dengan urusan ataupun sekadar singgah.

Alhamdulillah, malam Jumaat itu, rumah itu diberkati dengan seorang tetamu yang juga seorang sahabat yang sangat saya hormati, Ust. Abdullah Din. Ustaz bermalam di rumah saya malam itu kerana beliau akan ke SMK Raja Tun Uda di Bayan Lepas pada keesokan harinya untuk program pemantapan akidah. Saya juga akan turut serta untuk program tersebut tapi saya hanya boleh pergi selepas solat Jumaat kerana terikat dengan jadual kerja.

Ustaz Abdullah tiba di rumah saya pada pukul 11 lebih, & beliau mengambil kesempatan itu untuk mendalami ilmu tentang wordpress daripada saya. Memang beliau sentiasa cuba memaksimakan waktunya & menambah ilmu. Saya bukanlah pandai sangat tentang wordpress ni pun, sekadar berkongsi apa yang saya tau. Saya sendiri banyak bertanya dengan Abu Nuha.

*

Subuhnya, kami berdua ke Surau Al-Amin untuk solat. Di kesempatan itu, saya memperkenalkan Ustaz Abdullah pada sahabat yang juga saya hormati; Ustaz Hishamudin yang sentiasa cuba menghidupkan surau tersebut. Dalam perbualan itu, Ustaz Abdullah banyak menerangkan tentang bagaimana untuk mendekatkan pelajar dengan solat & Islam. Saya gembira dapat mempertemukan dua orang daie ini yang telah banyak berjasa ini.

Ustaz Hishamudin & Ustaz Abdullah

Saya ingat lagi Ust. Hishamudin a.k.a. Ust. Mud telah memberitahu saya selepas itu bagaimana pertemuan dengan Ustaz Abdullah telah memberi suntikan motivasi kepada beliau.

Alhamdulillah. Segala puji itu selayaknya hanya bagi Allah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. nur suhaila lani says:

    salam..subhanallah.. mabruk ustaz abdullah..saya juga mengagumi beliau

    • inksensei says:

      W’salam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada para ulamak & pendakwah yang gigih memperjuang & menyebarkan Islam di seluruh dunia. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s