Tulisan di bawah adalah gabungan dari 2 artikel berbeza tulisan 2 penulis Sahabat Blogger Sabah: Abu Nuha (al Hafiz) & Al-Belurani (al-Hafiz).

Pada 19 Nov. yang lalu,  Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2009.

Dalam pengumuman itu,  48, 171 pelajar sekolah rendah berjaya meraih keputusan 5A dalam peperiksaan berkenaan. Tahniah untuk semua pelajar berkenaan, para guru serta ibu bapa.

Bagi yang beragama Islam, sudah tentu puji-pujian dan kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT. Dialah yang memberikan anugerah kejayaan.

Bahkan sebelum itu, Dia memberikan nikmat akal, kesihatan, kekuatan, serta pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Bagi yang kurang bernasib baik, kajilah punca kelemahan yang berlaku. Sudah tentu semuanya ada hikmah yang berlaku.

Ada yang sudah belajar bersungguh tetapi tidak mendapat keputusan yang diharapkan. Sebaliknya, ada juga yang belajar ala kadar tetapi mendapat keputusan diluar dugaan.

Semuanya kembalikanlah kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Dalam kesempatan ini, sekalung tahniah juga kepada 5 pelajar SK Kolombong yang mendapat keputusan 5A. Mereka ialah Aina Madhihah Jamil, Muhd Izhar Zaini, Mohd Khairul An’am, Derfian dan Amira Sophea.

Kepada semua ibu bapa dan guru, anda semua menanam saham yang baik bagi masa depan anak-anak. Khusus buat Cikgu Jamil dan isteri, ini tentu kenangan terindah sebelum berangkat pulang ke Ipoh.

Cikgu Jamil juga merupakan pengerusi PIBG di sekolah berkenaan (& merupakan sahabat yang gigih meneruskan usaha dakwah Islam di Sabah)

Anak Awak Nak Ke Mana?

Bismillah…Alhamdulillah ungkapan tanda bersyukur dan diiringi dengan titisan air mata. Senario ini jelas kelihatan semenjak 2 hari lepas kerana bagi mereka yang punyai anak atau sanak saudara di tahun enam sudah pasti ada yang gembira kerana keputusan UPSR telahpun keluar.

Sudah semestinya ibu bapalah yang paling gembira jika anaknya mendapat 5A. Tidak kurang juga ibu bapa ada yang bersedih kerana anaknya mendapat keputusan tidak seperti apa yang mereka harapkan.

Bagi yang tak berjaya atau kurang berjaya, sabar-sabarlah kerana perjalanan masih jauh. Tidak semestinya kegagalan kali ini akan menutup langkah kita seterusnya. Islam telah mengajar agar kita lebih redha dan yang amat penting bermuhasabahlah untuk memperbaiki diri anak-anak untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

” Ba anak kau mau hantar ke sekolah mana lepas ni “. Ungkapan versi Sabah , mungkin kedengaran daripada mulut ibu bapa ketika ini yang sibuk memilih sekolah peringkat menengah yang lebih baik untuk anak – anak.

Mungkin yang cemerlang sudah semestinya akan di hantar ke sekolah berasrama penuh. Kekadang seronok juga melihat gelagat ibu bapa yang sedang memikir mengenai kemasukan anak – anak ke sekolah menengah. Macam tak sabar – sabar menanti suasana ini untuk anak sendiri.

Dalam kesibukan tersebut, sedikit sebanyak saya juga turut bersuara mengutarakan pandangan. Jika saya dipohon untuk memberikan pandangan, saya akan berkata sedemikian :

1. Yang amat penting pilihlah sekolah agama. Kerana apa? sebab di sana anak kita akan lebih mengenali dan mempelajari tentang kehidupan dunia dan akhirat. Sekarang sekolah agama pun ada yang bertaraf sekolah berasrama penuh dan di Sabah khususnya memang ada.

2. Sekiranya anak anda keputusan UPSR nya kurang memuaskan tapi anda memang berminat hantar anak ke sekolah agama? Bagaimana? jika di Sabah mungkin agak terhad nak masukkan ke sekolah agama kerana sekolah agama yang sedia ada inginkan keputusan yang baik. Sebenarnya anda ada jalan bagi meneruskan niat baik itu tapi anda (ibu bapa) kena banyak berkorban dengan menghantar anak bersekolah agama ke semenanjung kerana di sana banyak pilihan. biar jauh, rasa sedih, takut, risau dan macam – macam lagi, insyaAllah jika niat anda baik sudah pastinya Allah SWT akan menghilangkan segala mehna tersebut dan insyaAllah anak – anak anda akan menjadi insan yang sebenarnya.

3. Biarlah ibu bapa sediakan yang terbaik untuk anak – anak dengan menggunakan neraca agama Islam sebagai penghitung dalam meletakkan soal pendidikan untuk anak – anak. Kita mungkin menangis kerana dengan umur 12 tahun anak – anak kita telah gembirakan kita di atas kejayaan mereka. Tapi perlu diingat perjalanan mereka masih jauh, oleh itu didikan agama wajib diambil berat kerana sejauh mana pun perjalanan kita dan mereka, InsyaAllah kita tetap berada di atas jalan yang Allah SWT redhai.

Jadi nak hantar anak ke sekolah mana? Saya akan jawab, hantarlah ke sekolah agama. Anda nak anak – anak anda jadi doktor? Arkitek? Engineer? Ahli sains dan sebagainya? Sekolah agama pun punyai jalan untuk menuju ke arah itu. Sekolah agama bukan setakat menjanjikan anak – anak jadi doktor, arkitek, engineer,ahli saintis dan sebagainya bahkan akan menghasilkan lebih dari itu iaitu doktor, arkitek, engineer,ahli saintis dan sebagainya yang mampu hafal al-Quran, menjaga agamanya dan hidup matinya hanyalah untuk Islam.

Nak cari mana sekolah agama macam itu? Ada, tak di Sabah semenanjung ada. Anda kena berusaha dan berkorban jika sayangkan anak kerana anak – anak adalah aset penting sebagai penyelamat kita di dalam kubur nanti sebelum kita mengadap Allah SWT di akhirat kelak.

Waallahu’alam.

*dengan sedikit editing & tambahan

*Terimakasih sahabat-sahabat ustazku; Abu Nuha & alBelurani.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s