Ahad 27 Zulka’idah 1430H/ 15 Nov. 2009M

Pada 15 November 2009M yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Bahrul Ulum (SRIBU) yang kelima. Majlis bermula jam 8 pagi di Dataran SRIBU, Taman Arowana.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar SRIBU, diikuti dengan nyanyian bersemangat lagu Al-Amal.

Seterusnya adalah ucapan daripada Ustaz Yusni; Mudir SRIBU & Sdr. Helmi; Pengerusi Lembaga Tadbir SRIBU. Majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan & perasmian oleh YB. Ustaz Salleh Man.

Mudir SRIBU; Ustaz Yusni

Pengerusi Lembaga Tadbir SRIBU; Sdr. Helmi

YB. Ustaz Salleh Man

Majlis diteruskan dengan tayangan sebelum berehat sebentar. Seterusnya selepas itu adalah penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar terbaik , juga untuk kelas & bilik paling ceria dll.

Menyusul selepas itu adalahpersembahan daripada pelajar-pelajar. Antaranya ialah persembahan silat dari ahli-ahli gayung SRIBU, nasyid, & puisi.

Persembahan silat

Persembahan nasyid muslimah yang sangat comel

Bacaan puisi

Seterusnya pula adalah persembahan choral speaking yang sangat menarik dari kumpulan SRIBU Power. Sayangnya saya waktu itu sedang sibuk dengan tugasan & tidak sempat mengambil gambar persembahan mereka.

2 anggota kumpulan choral speaking SRIBU Power; adik Amjad & adik Khairul Amir

Majlis diceriakan lagi dengan persembahan lawak dari guru & warden SRIBU dimana mereka menyumbangkan suara & dialog sendiri untuk sebuah cerita mengenai result SPM berdasarkan gambar dari filem Hang Tuah. Tak sangka kreatif sungguh para ustaz ni ya…Memang tak kering gusi hadirin gelak bila Hang Tuah & kawan-kawan bercakap pasal result SPM. Persembahan ini sangat menghiburkan sehingga atas permintaan ianya telah diulang semula di akhir majlis dengan para ustaz & guru tersebut di atas pentas membuat perwmbahan secara live =)

Persembahan live yang menceriakan dari para warden & ustaz

Acara selepas itu adalah penyampaian anugerah pelajar-pelajar terbaik & anugerah tunas harapan.

Seterusnya, acara yang sangat menyentuh hati iaitu anugerah pelajar mithali dimana anugerah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan & ibubapa turut dijemput ke pentas. Saya dapat melihat wajah syukur ibubapa apabila perihal anak mereka diceritakan di corong pembesar suara itu, menyaksikan bahawa penat lelah mereka mendidik yang sememangnya bukan mudah itu telah menghasilkan anak-anak yang soleh & solehah & ia telah dibuktikan di SRIBU ini.

Waktu ini, saya dapat melihat sang ayah bergenang matanya apabila anak yang disayangi dianugerahkan sebagai pelajar mithali

Tak lupa juga buat pendidik yang berjasa, anugerah guru mithali turut menghiasi majlis.

Majlis ditutup dengan persembahan nasyid, & kemudiannya para hadirin diisi dengan pengisian rohani oleh Ustaz Badrul Abdul Rahman, Ketua urusan ulamak Permatang Pauh.

Persembahan nasyid muslimin

Ust. Badrul Abd. Rahman

Majlis diakhiri dengan jamuan. Pengunjung juga mengambil kesempatan untuk melihat pameran & jualan di gerai-gerai oleh SRIBU & juga usahawan-usahawan muslim seperti STAY ALiVE Shop, LEPU, dll.

Gerai-gerai jualan mendapat sambutan hangat, termasuklah gerai STAY ALiVE

Alhamdulillah. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya. InsyaAllah, SRIBU akan terus memacu pendidikan rendah Islam dengan penuh profesional & iltizam untuk melahirkan generasi muda Islam yang seimbang ilmu dunia & akhiratnya, disamping menjadi tunas-tunas yang akan mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini insyaAllah.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s