Pada Isnin 23 Nov. 2009M yang lalu, saya di Kuala Lumpur untuk satu urusan berkaitan STAY ALiVE Shop. Selesai urusan, saya mengambil kesempatan untuk ke salah satu premis kegemaran saya; Saba Islamic Media di Maju Junction Mall (bersebelahan Pertama Complex)

Saya disambut dengan layanan mesra dari pekerja & juga pengurusnya yang sentiasa bersedia membantu & memberi penerangan.

Bagi mereka yang berminat dengan ilmu tentang Islam, perbandingan agama, dakwah dsb. dalam pelbagai medium seperti buku, dvd, dll, Saba Islamic Media menawarkan pelbagai bahan yang bermutu & bernilai tinggi dari dalam & luar negara seperti bahan yang ditulis atau berdasarkan ceramah pendakwah Islam tersohor seperti Allahyarham Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, Syeikh Khalid Yasin, Yusuf Estees, Shah Kirit, Harun Yahya dll.

Waktu saya belajar di Shah Alam dulu, saya sering juga pergi ke premis Saba di Kompleks PKNS Shah Alam, & sehingga sekarang, Saba Islamic Media terus maju dalam bidang ‘dakwah melalui perniagaannya.’ Terbaru, Saba baru membuka franchisenya di Kelantan, selain juga mempunyai cawangan di Indonesia.

Moga Saba Islamic Media terus maju menyebarkan Islam bukan saja di Malaysia, tapi juga di seluruh pelusuk dunia insyaAllah, kerana jika anda pernah pergi ke Saba, anda pasti tahu potensi sebuah kedai seperti ini terutamanya dalam memberi dakwah & penerangan tentang Islam kepada mereka yang belum Islam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Saba Islamic Media, anda boleh terus ke laman webnya di http://www.saba.com.my/v2/

*Link untuk Saba Islamic Media juga terdapat di bawah kategori Products etc. di sebelah kiri blog ini.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s