Dari pengalaman saya, orang-orang yang pemurah itu rezekinya diberkati & dimurahkan Allah, terutamanya mereka yang hatinya bersih & ikhlas, terutamanya dalam membantu dakwah Islam. Saya bukan orang yang boleh membaca hati manusia, tapi saya sangat mengagumi 2 manusia pemurah yang saya sempat kenali dalam hidup.

Mereka adalah manusia yang sering merendah diri walaupun diberkati rezeki yang lebih oleh Allah. Salah seorangnya ialah Abg. Akriah atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Aslam. Saya banyak belajar & berhutang budi dengan beliau, juga anak beliau; Aslam.

Banyak yang boleh saya ceritakan mengenai beliau, berdasarkan pengalaman & cerita dari sahabat-sahabat, tapi kali ini saya ingin membawakan perihal kedai buku beliau yang baru dibuka lebih kurang sebulan lalu. Alhamdulillahi robbil alamin.

Petikan di bawah dipetik dari Abu Nuha Corner;

Pustaka Aslam 1

Dengan moto ‘Memartabatkan Ilmu, Memburu Kejayaan’, Pustaka Aslam memulakan operasinya secara rasmi.

Terletak berhadapan dengan Pasaraya GIANT Taman Kingfisher Likas, sekumpulan usahawan muslim bertekad untuk membantu mengembangkan dakwah Islam melalui penjualan buku-buku dan majalah berasaskan Islam.

Setakat ini lebih 2000 judul buku sudah tersedia di premis berkenaan. Antara penerbit buku yang mendapat tempat di Pustaka Aslam ialah PTS Publication, ar-Risalah, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan Hijjaz RP.

Antara kelainan di premis ini ialah, buku-buku dipamerkan mengikut penerbitnya dan bukan berdasarkan subjek / bidang.

Beberapa strategi telah dan sedang disusun untuk memperkenal dan seterusnya memantapkan kedudukan Pustaka Aslam di mata masyarakat. Maklumat ini akan didedah dan disampaikan kepada umum pada masa yang sesuai nanti.

Jemput datang!Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, 88450 Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

Pustaka Aslam 2

Pustaka Aslam 3

Pustaka Aslam 4

Pustaka Aslam 5

Pustaka Aslam 6

Pustaka Aslam 7

Pustaka Aslam 8

Pustaka Aslam 9

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s