Ahad 20 Dis. 2009M

Petang itu saya dalam perjalanan balik ke Penang dari Terengganu bila Ustaz Norazamudin menelefon saya menyatakan beliau dalam perjalanan ke Penang untuk bertemu dua orang sahabat yang ingin mengikuti umrah bersama-sama beliau, jadi Ustaz Azamudin menyatakan hasrat untuk bermalam di rumah.

Kami bertemu di Kawasan Rehat Penanti & solat jamak bersama-sama sebelum bersama-sama ke tempat saya di Bukit Minyak. Selepas makan, Ustaz Azamudin & saya, bersama-sama 2 orang sahabat yang baru tiba waktu kami makan pergi ke Surau Al-Amin dimana ustaz memberi kuliah ringkas mengenai umrah & kami pula mengambil peluang itu untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan. Tamat pengajian ringkas kami itu, saya membawa ustaz untuk bermalam di rumah.

Subuh keesokannya kami ke stesyen keretapi di Butterworth kerana ustaz akan bertolak ke Johor untuk bertemu keluarganya di sana sebelum terbang meneruskan tugas ke Sabah.

*

Ustaz Norazamudin yang saya kenali adalah seorang sahabat & ulamak muda yang istiqamah dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat khasnya di tempat beliau bekerja iaitu di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau yang berasal dari Pahang ini mendapat pengajiannya di Jordan selain di Malaysia. Seingat saya, beliau tidak pernah menolak jika saya meminta beliau untuk memimpin qiamullail atau memberi kuliah subuh di Surau An Nur waktu saya di Sabah dulu, kecuali jika beliau mempunyai program yang lain pada waktu yang sama. Beliau juga aktif memberi kuliah di masjid di Sabah, selain menjalankan kerja-kerja dakwah lainnya untuk masyarakat.

Antara yang saya ingat mengenai beliau ialah, beliau seorang yang sangat mengasihi isteri, beliau tak lupa membeli bunga untuk isterinya ketika kami pulang dari Kundasang pada satu masa tu & beliau turut menyarankan sahabat-sahabat berbuat yang sama. Juga, beliau sangat bersungguh-sungguh waktu berdoa. Sering beliau menangis dalam doanya selepas kami solat hajat berjemaah ataupun dalam qiamullail, & sekiranya ada sahabat-sahabat yang bermasalah, beliau tidak berat untuk mendoakan mereka.

Alhamdulillah. Moga Allah memberi kekuatan kepada Ustaz Norazamudin & para ulamak yang hidup matinya kerana Allah dimana saja mereka berada.

Bagi yang ingin lebih mengenali Ustaz Norazamudin, boleh kunjungi blog beliau di http://abuawatif.wordpress.com/

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s