Pada Jumaat 25 Dis 2009M telah berlangsung program Mukhayyam Pemuda PAS Pulau Pinang di Lata Daun, Sg. Tengas, Kulim Bandar Bharu, Kedah.

Dimulai dengan solat asar berjemaah, peserta-peserta yang datang dari pelbagai kawasan petang itu kemudiannya diberi taklimat oleh pengarah program Ustaz Mohd. Radzuan a.k.a. Ust. Mat Taliban & Ustaz Afnan Hamimi.

Ust. Mat Taliban tetap terus mengurusetia program walaupun dalam keuzuran kerana diserang sakit batu karang

Ceramah Ustaz Hashim Jasin

Malamnya, selepas solat Isyak, program kami diindahkan lagi dengan ceramah oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS serta Pesuruhjaya PAS Perlis; YB Ust Hashim Jasin tentang isu-isu semasa berkaitan tarbiyah dalam tajuk “Kewajipan Berjemaah, Ciri-ciri Jemaah Islam, dan Sejarah Ringkas PAS” dalam Mukhayyam Pemuda kali ini.

Terlalu banyak ilmu & pengajaran yang dikutip dari beliau malam itu. Ternyata usia & pengalaman beliau banyak mengajar kami tentang perjuangan yang memerlukan tarbiyah & kesedaran yang berterusan, di samping hormat kepada ilmu & ulamak.

Antara lain, beliau mengingatkan kami tentang pesan Allah kepada orang-orang beriman yang mereka mesti menjadi ansorullah (pembantu Allah), & tidak lain tidak bukan, tanpa mengharapkan orang lain, bahawa mereka sendiri (orang-orang yang beriman) mesti jadi ansorullah, iaitu orang-orang yang berusaha & berjuang menegakkan agama Allah. Susahnya, menderitanya kita dalam melakukannya, sedarlah bahawa kebaikannya akan kembali kepada kita.

Ustaz Hashim menyatakan kerja Islam itu berat, & beliau menggambarkannya ibarat mengusung rumah, & dalam hal ini akan terdapat beberapa jenis manusia. Ada orang yang tinggi & bebanannya lebih berat. Ada yang pendek tapi masih guna tangan untuk menolong. Ada yang pendek & bergantung; mereka ini adalah orang yang membebankan orang dalam jemaah. Ibarat itulah juga keadaanya, Islam itu pun berat untuk dipikul. Yang berat itu pakat dipikul sorang sikit.

Dalam melakukannya & dalam beribadah, Allah seolah menyuruh kita melakukannya untuk buat persembahan kepada Allah, rasul, & orang mukmin. Satu persembahan dikira berjaya apabila ia diterima/ dinilai baik oleh penontonnya. Apabila penontonnya ialah Allah, rasul & orang mukmin, apa yang kita buat ini mesti mengikut ‘selera’ Allah.

Tentang ibadah & mendekatkan diri kepada Allah, diterangkan kepada umat Islam bahawa beribadahlah seolah-olah kamu nampak Allah. Kalaupun kamu tak melihat Allah, maka ingatlah bahawa Allah melihat kamu. Dalam peringkat ibadah ini, terdapat manusia dengan 3 maqam yang berbeza.

Maqam 1 ialah apabila ibadah dilakukan dengan penuh rukun & syarat.

Maqam 2 ialah apabila kita merasa kita diperhati oleh Allah. Ustaz memberi contoh mudah seperti apabila kita tiba di lampu isyarat. Walaupun tiada sesiapa di jalan tapi kita tidak melanggar lampu isyarat kerana kita tahu ada kamera yang akan mengambil gambar mereka yang berbuat demikian. Seperti itu jugalah kita mengelakkan diri dari perkara-perkara yang dilarang kerana kita tahu Allah sedang memerhatikan kita. Subhanallah.

Maqam 3 pula adalah apabila seseorang itu tenggelam dalam lautan mukasyafah– seolah-olah tak berada di alam dunia kerana terlalu asyik. Ustaz turut memberi contoh yang ada orang muda yang pernah mengalaminya samada ia perkara baik atau buruk; contohnya apabila ada orang muda yang bermain game sehingga tenggelam dalam dunianya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, makan & minum. Satu contoh yang baik pula ialah tentang ada seorang yang soleh yang menyuruh doktor memotong kakinya yang mengalami diabetes ketika dia sujud dalam solat, kerana memang beliau tidak merasa sakit kerana khusyuknya dalam sujudnya itu. Dalam hal ini, Ustaz Hashim menyeru kami yang kita kena bergerak menuju ke arah maqam yang tertinggi itu, boleh tak boleh bukan soalnya, tetapi sentiasa berusaha meningkatkan iman & mutu ibadah.

Menyentuh tentang keimanan para sahabat, Ustaz mengaitkannya dengan peristiwa hijrah, dimana hijrah waktu itu ialah meninggalkan segala-galanya tanpa mengetahuipun apa yang akan berlaku. Rasulullah s.a.w. cuma menjanjikan 1 perkara saja untuk hijrah mereka; Jannah yakni syurga & hijrah itu sendiri adalah amal soleh. Juga disentuh tentang pengorbanan & ukhuwah yang sangat kuat yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Ansar.

Tentang soal keberkatan, Ustaz Hashim mengaitkan tentang perjuangan HAMAS di Palestin, & keberkatan Masjidil Aqsa, memetik kata-kata seorang ahli parlimen Palestin HAMAS yang menyatakan; keberkatan Masjidil Aqsa antara lainnya;

1- Tiada penyakit waham (takut mati), tapi Allah mencampakkan rasa takut kepada orang yahudi, hinggakan ada askar yahudi yang membawa tank (kereta kebal) sanggup buang air di dalam tank kerana takut keluar.

2- Mereka berjaya mentarbiah sehingga 10 000 orang pemuda yang hafal Quran. Yang paling lemah antara mereka ialah yang mengambil masa paling lama ialah 2 bulan untuk hafal Quran. Yang cepat pula; sehari 2 juz. Dan tambahnya lagi , “Kami akan kumpulkan kumpulan ke-2 seramai 20 000 orang lagi insyaAllah. Tambah beliau dengan maksud yang sungguh mendalam; “Kami nak usaha supaya anak-anak muda ini; sebelah tangannya pegang Quran, sebelah tangannya pegang senjata.”

Itulah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w & zaman kegemilangan Islam. Ustaz menambah, umat yang akhir ini tak akan jadi hebat melainkan buat apa yang umat dahulu buat sehingga mereka jadi hebat. Begitu juga kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w itu sebenarnya sangat penting terutamnya kepada pejuang-pejuang Islam. Ustaz mengimbau saat ketika menziarahi makam Rasulallah s.a.w, Abu Bakar r.a., & Umar r.a., ia seolah-olah melihat mereka bekerja di waktu mereka masih hidup. MasyaAllah. Allahuakbar. Betapa Islam itu datang dengan hasil usaha & susah payah Rasulullah s.a.w & para sahabat.

Tak lupa juga ustaz berpesan kepada kami agar tidak bergaduh dalam soal furu’, & memesan supaya kami fokus kepada kerja jemaah.

Terimaksih yang amat kepada Ustaz Hashim Jasin yang bersusah payah hadir & sudi membimbing kami dengan ilmu yang tak ternilai. Moga Allah kan terus memberkati & memberi kekuatan insyaAllah.

Futsal Bola Api

Selepas ceramah tersebut ialah pembahagian kumpulan & penghulu bagi peserta mukhayam. Sdr. Zahir telah dilantik sebagai penghulu mengikut konsep syura yang dibincangkan & dipilih oleh ketua-ketua kumpulan.

Acara selepas itu ialah acara paling ‘panas’ iaitu sukan futsal ‘bola api’. Bolanya ialah buah kelapa yang keras & sarat menyala apinya. Dalam berkaki ayam, kumpulan-kumpulan yang ada masing-masing telah mempamerkan keberanian & semangat yang tinggi dalam sukan extreme tersebut. Perlawanan memang sengit & berapi-api …fuh…

Yang lain merasa bahangnya sebelum bermula tapi Sdr. Helmi rilek je ...

Bola api mula berapi

Akan bersambung insyaAllah, laporan hari kedua…tunggu…

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s