12 Muharram 1431H

Tadika ini juga terbuka untuk anak-anak non muslim. Keisimewaan guru berkelulusan M.A. dalam sastra Cina boleh menjadi daya tarikan kepada ibu bapa Cina.

.
Islam adalah agama universal. Dakwah Islamiah wajib dijalankan terhadap semua manusia dari semua kaum di atas muka bumi Allah.  Perkembangan Islam di kalangan kaum Cina di Malaysia dan Tenggara Asia amat perlahan kerana pelbagai faktor. Salah faham terhadap Islam juga boleh menjejaskan persefahaman dan perpaduan rakyat masyarakat majmuk.
.
Antara faktor-faktor kurang penyebaran ilmu pengetahuan Islam di kalangan kaum Cina ialah kekurangan profesional, alim ulama dan pendakwah Islam yang boleh berbahasa Cina. Program dakwah yang efektif tidak dapat dijalankan kerana kekurangan ini. Situasi ini tidak menepati prinsip dakwah yang diterangkan dalam Al-Quran:.
‘Tidak Kami (Allah) mengutus seorang rasul melainkan ia pasti bertutur bahasa kaumnya supaya dapat menjelaskan kepada mereka (mesej Islam).’
(Ayat 4 Surah Ibrahim)
.
Bahasa Cina adalah bahasa yang amat sukar dipelajar dan dikuasai. Pembelajaran Bahasa Cina harus bermula dari peringkat umur rendah jika ingin memantapkan pencapaiannya. Menurut  statistik rasmi pada tahun 1999, 10.7% atau 65,000 murid-murid SRJK Cina terdiri kanak-kanak bukan Cina. Angka ini menandakan ramai ibu bapa muslim berminat atau berhajat menghantar anak mereka untuk mempelajari bahasa Cina di peringkat sekolah rendah lagi. Maka adalah dirasakan perlu mewujudkan sekolah Islam aliran bahasa Mandarin dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Selain memenuhi hajat para ibu bapa muslim, ia juga diharapkan dapat melahirkan profesional, alim ulama dan pendakwah yang boleh berbahasa Cina di masa depan.

.
Atas kesedaran ini, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Ipoh telah bertekad untuk mendirikan sebuah institusi pendidikan Islam dengan cita-cita melahirkan profesional, ulama dan pendakwah yang memiliki hikmah Al-Quran dan fasih berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan Arab. Sekolah Islam Jing Zhen adalah hasil pemikiran ini. Sebutan Jing Zhen bermaksud ‘taqwa’ dalam bahasa Mandarin.
.
PROGRAM PRA-SEKOLAH 2010
.
Perlaksanaan rancangan Sekolah Islam Jing Zhen telah mendapat sokongan Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP). Kelas permulaan iaitu pra-sekolah untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun akan dijalankan di premis PSIP di Jalan Seruan, off Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh. Guru-guru Cina Muslim yang berkelulusan tinggi telah diambil untuk memastikan kualiti pengajaran bahasa Mandarin dan pencapaian murid-murid.

.

Sesi pra-sekolah akan bermula pada 16hb, Januari  2010 (Sabtu) InsyaAllah.

PENDAFTARAN PELAJAR

Para ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka mulai sekarang di TADIKA SERUAN ISLAM, Jalan Seruan, off Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh, jam 9.00 hingga 4.00 petang hari bekerja.

.
Kamal Koh (tel:016-2206707)

.
Boleh terus ke websitenya untuk maklumat lanjut di link di atas & di blog ini.
.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s