Sabtu 26/12/09M

Tazkirah Subuh

Selepas solat subuh, acara pagi itu dimulai dengan tazkirah subuh oleh KP Ustaz Yusni Mat Piah. Antara lain beliau mengimbas tentang ketabahan golongan muhajirin yang terdiri daripada mereka yang miskin kerana pengorbanan mereka.

Begitu juga golongan Ansar; ada yang sanggup berlapar bila menerima tetamu muhajirin, & mereka melakukannya tanpa diketahui manusia, tapi Allah & rasulNya tahu, & gembira dengan apa yang berlaku.

Turut diselusuri tentang sejarah khlaifah Islam dari 40 tahun diperintah  oleh Khalifah ar Rasyidin sehinggalah berakhirnya Khilafah Islamiyah di Turki pada tahun 1924M.

Selepas itu, kami dihidangkan dengan acara riadah & sarapan, sebelum ke modul seterusnya, War Game…

Kumpulan 1 yang cool...

Kumpulan 1 sedang menikmati sarapan dengan penuh selamba...

War Game

Kami kemudian dipecahkan kepada 2 kumpulan besar untuk acara War Game dimana kami diberi misi untuk mengambil bendera, mendapatkan tawanan & memusnahkan kubu pihak musuh. Modul yang kelihatan biasa ini sebenarnya mempunyai pengajaran tersirat yang besar yang memberi pengajaran kepada peserta-peserta mukhayam kali ini iaitu tentang kepentingan konsep wala’ kepada pimpinan yang sepatutnya.

Sedang menyiapkan bendera pasukan

Urusetia yang setia merakam...

Komander Azman siap untuk menggempur...

Selepas perang fizikal & psikologi yang dilalui, kami dijamu dengan makan tengahari menu special.

Menu special hari tu; nasi lauk kicap & cabai

Bersama Ustaz Azman Shapawi

Para pimpinan makan bersama Ustaz Azman Shapawi yang baru tiba dari Terengganu

Sebelah petangnya, kami dihidangkan dengan pengisian Ustaz Azman Shapawi. Walaupun hanya berehat sebentar setelah memandu dari Terengganu, Ust. Azman tetap bersemangat seperti biasa memberikan kami ingatan & ilmu yang sentiasa diperlukan.

Antaranya, Ustaz Azman memberikan kami kefahaman tentang akhlak & adab jemaah, selain menerangkan tentang isu semasa.

Antara yang sempat dicatat dari Ustaz Aman petang itu, Huzaifah bin Yaman bila bertanya kepada Rasulullah s.a.w. sepertimana diberitahu bahawa Islam itu akan kembali menjadi asing, maka bagaimanakah yang perlu kita buat? Lalu Nabi s.a.w. berkata; “Mesti berada di dalam jemaah.”

Dalam hal ini termasuklah berjuang semata-mata kerana Allah seperti yang ditunjukkan oleh Khalid al-Walid, bersangka baik dengan Allah, & yakin dengan janji Allah.

Selepas solat Asar, kami dijamu lagi dengan kegiatan & permainan kumpulan melalui modul yang disediakan dengan pengajaran-pengajaran yang tersendiri yang pelbagai. Malamnya, kami diberi tazkirah oleh Ust. Rashidi sebelum Ustaz Yaakob Husin memberikan pengisian beliau dalam tajuk ‘Rukun Bai’ath & Tuntutannya.

Dari sudut istilahnya bai’ath bermaksud ikrar yang diucapkan oleh seseorang kepada pemimpin untuk taat & patuh kepada pemimpin dalam melaksanakan tugas-tugas mempertahankan / menjaga Islam.

Juga diterangkan bagaimana Rasulullah s.a.w mempunyai strategi dakwah yang bijak & dijalankan dengan perancangan yang baik termasuklah dalam memilih wakil atau pemimpin. Baginda s.a.w. memilih Mus’ab bin Umair yang berasal dari golongan bangsawan yang mempunyai banyak pengaruh sebagai utusan ke Madinah. Mus’ab juga seorang yang kacak, ada kepetahan & cepat bacaannya pada ucapan orang. Beliau juga seorang yang tahan ujian & rajin (beliau rajin melakukan kerja Islam & dakwah siang & malam)

Turut menyentuh jiwa pada malam itu ialah bila diingatkan kami tentang kata-kata Allahyarham Ustaz Fadhil Nor satu ketika dulu;

“Kita rehat bila kita mati”

Aktiviti terakhir malam itu ialah persembahan kumpulan berdasarkan tugasan berbeza yang telah diberi sebelum itu. Pelbagai genre persembahan bermesej dipersembahkan seperti sketsa, tazkirah berbilang bahasa, debat &  forum yang bermacam ragam. Ustaz Afnan kemudiannya menyampaikan sebab & pengajaran yang perlu difikirkan bagi setiap persembahan tersebut.

Cerita menantu & mertua yang berbeza ideologi

Tazkirah berbilang bahasa & dialek

Imbas kembali: Demo Mansuh I.S.A...

FRU yang brutal hoho..

Calon wakil rakyat paling sempoi abad ini

Bila kita jadi kerajaan...

Dakwah pada Tok Batin...

Malam itu diakhiri dengan tayangan perdana aksi-aksi mukhayam sebelum kami merehatkan jasad menanti hari esok.

*Akan bersambung insyaAllah. Terus ikuti siaran…

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. ira^cairo says:

    Salam …

    Program penuh pengisian …. teruskan perjuangan …🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s