Bismillahirahmanirahim.

Melalui jaringan vlogger youtube, saya telah mengenali seorang kawan baik bernama ‘F’ yang dikenali melalui sejak Ogos 2009 di youtube. Beliau berada di Kanada & warga Kanada. Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak mendedahkan namanya di sini sekarang. F mempunyai seorang suami; ‘P’ & seorang anak. F bekerja sebagai seorang paramedik.

F mulanya adalah seorang agnostic- maknanya tidak percayakan tuhan. Kerana tertarik dengan video-video di youtube F mula tertarik dengan Islam & mula mempraktikkan memakai tudung ketika di rumah. Beliau tertarik dengan kesopanan & kesederhanaan bila memakai tudung. Dari situ, beliau pernah mengemukakan satu soalan kepada kami di youtube  ‘bolehkah orang seperti dia memakai tudung? Dari situ kami (beberapa vlogger muslim di youtube dari pelbagai negara) telah memberi respon & menggalakkan beliau, selain menggalakkannya mempelajari Islam. F mula membaca mengenai Islam, & membaca terjemahan al-Quran yang dibelinya sendiri secara bersungguh-sungguh. F memang seorang yang suka belajar, & beliau secara peribadi banyak bertanya pada saya tentang Islam, antaranya tentang kewujudan Tuhan, rukun Islam & iman dll. Beliau juga sangat gembira bila membaca buku mengenai Nabi Muhammad s.a.w. yang saya kirimkan untuknya.

Beliau sudah sangat hampir dengan Islam & kami saling berhubung melalui email tentang Islam & juga isu Palestine. F juga menyokong perjuangan rakyat Palestine. Suaminya P seorang yang sporting & mula membaca tentang Islam. F sangat mengharapkan P juga akan menjadi sepertinya.

Bila ada rakan youtube mualaf yang mula goyah terhadap Islam, F tidak terpengaruh bahkan semakin yakin bahawa dia mesti mendalami ilmunya terlebih dahulu tentang Islam sebelum membuat keputusan, sebab dia tidak mahu melakukannya tanpa berfikir dengan matang.

Semalam saya menerima email dari F tentang perbualannya dengan abang iparnya J tentang hidup, mati & kerohanian. F memberitahu saya walaupun abang iparnya tidak mempunyai agama, kepercayaan abang iparnya tentang semua itu mirip apa yang diajar oleh Islam & bila J berminat untuk membaca al-Quran F telah memberinya naskhah terjemahan al-Quran tambahan yang dimilikinya. F memberitahu saya betapa beliau percaya akan Yang Maha Berkuasa Yang Menciptakan & Mengawal segala-galanya itu & beliau gembira dengan keyakinan saya kepada Tuhan.

Dalam perbualannya dengan J, J menyuruh F supaya memintalah atau berdoalah untuk mendapat petunjuk atau tanda; katanya samada ‘kamu akan mendapatnya & kamu akan pasti & tahu, atau kamu tidak akan mendapatnya & kamu akan kembali ke keadaan di mana kamu berada sekarang.”

Waktu F ingin keluar bekerja pagi semalam F telah memohon & berdoa untuk diberikanNya petunjuk atau tanda, & katanya dalam cara yang agak berlainan, dia berharap dia berharap dia akan mendapatnya.

Sepanjang perkenalan saya dengan F, beliau adalah seorang yang jujur, punya sifat ingin tahu yang tinggi, prihatin & bijak. Alangkah indahnya jika beliau memeluk Islam. F pasti akan menjadi pemangkin kepada P & J untuk berbuat yang sama.

Saya mohon saudara-saudari yang membaca posting ini meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 saat untuk mendoakan agar F diberikan petunjuk itu oleh Allah, & alangkah baiknya jika saudara-saudari dapat mendoakan yang sama dalam solat atau solat hajat saudara-saudari sekelian.

Doa itu senjata mukmin, & saya mohon senjata itu sama-sama kita gunakan untuk membantu F, insyaAllah.

Keprihatinan saudara-saudari saya dahului dengan ucapan terimakasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikanmu.

Bismillahirahmanirahim…

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. syaheed says:

    salam, saya ternampak anda shout kat palestinkini…mengenai duit dana tu..saya syorkan terus ke laman HALUAN malaysia…insyaAllah, kat situ klik untuk menyumbang…ada no account..insyaAllah, HALUAN malaysia 100% hantar bantuan kpd saudara kita di Palestin menerusi HAMAS secara direct…wallahua’lam..

  2. ainkhadijah says:

    Moga Allah berikan hidayah dan taufiqNya…amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s