Mesir terus berkeras dan tidak membenarkan rombongan Viva Palestina daripada membawa masuk bantuan ke Gaza! Keadaan di pelabuhan Mediterranean Al Arish dilaporkan kritikal, di mana lebih 2000 polis rusuhan dikerahkan menghalang jalan masuk ke Pelabuhan tersebut. Walaupun sudah ada yang ditangkap dan tercedera, relawan Viva Palestina tetap berjuang mempertahankan kenderaan bersama-sama barangan bantuan dan ambulan yang akan dibawa masuk membantu rakyat Gaza yang dikurung dari dunia luar sejak tiga setengah tahun lalu.

Rombongan Viva Palestina yang berlepas dari United Kingdom 5hb Disember baru lalu disertai 450 orang relawan menaiki 220 buah trak dan ambulan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia. Selepas terkandas selama 5 hari di Aqaba, Jordan akhir Disember lepas dalam usaha mereka memasuki Gaza melaui pintu Rafah, mereka terpaksa menukar laluan untuk cuba memasuki Gaza melalui pelabuhan Al Arish. Walaupun semua urusan dokumentasi dan syarat-syarat lain dipenuhi, Mesir tetap tidak membenarkan mereka melepasi sempadan. Untuk ke Al Arish, mereka terpaksa berpatah balik ke Syria dan melalui terusan Suez, satu perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam.

Setiba di Al Arish, mereka dihalang dari memasuki pelabuhan dan berhadapan dengan polis rusuhan dan meriam air pemedih mata. “Tidak kira apa halangan yang akan kami hadapi. Sebaik sampai di Al Arish, kami diserang dengan batu, baton, kayu, dan mereka mencuri barangan yang kami bawa. Kami telah melalui perjalanan yang sangat sukar, tetapi kami tidak sekali-kali akan berhenti, kami akan terus bergerak. Kami akan terus bergerak, InsyaAllah,” kata seorang relawan, Munir Ahmad. Pimpinan rombongan Viva Palestina, termasuk ahli Parlimen British George Galloway, meneruskan usaha diplomasi dan berunding dengan pihak berkuasa Mesir.

Relawan HALUAN turut berada di Al Arish bagi menguruskan penghantaran barangan bantuan kepada rakyat Gaza, antaranya pakaian musim sejuk.

HALUAN Palestin menyeru semua masyarakat yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza untuk membantu bagi menjayakan misi membawa masuk bantuan ke Gaza ini. Bagi umat Islam, panjatkan doa kepada Allah Yang Maha Kaya supaya usaha ini permudahkan dan mereka semua dilindungi dari kejahatan Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.

Petikan berikut adalah dari http://palestinkini.info/

Rabu , 06/01/2010 – Viva Palestin Malaysia ingin mengekspresikan kekesalan dalam perkembangan terbaru di Al Arish, Mesir . Untuk menganiaya sekelompok sukarelawan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima akal.

Dalam perbualan telefon dengan British MP, Mr George Galloway, ketua konvoi Viva Palestina ke Gaza, difahamkan bahawa polis anti rusuhan Mesir telah menggunakan kekerasan yang melampau termasuk merejam, memukul dan menembak gas air mata kepada ahli konvoi. Terdapat ahli konvoi yang terluka dan dirawat di rumah sakit. Beberapa orang telah ditangkap, termasuk seorang mahasiswa Malaysia yang berpusat di UK.

Kami ingin mengingatkan kerajaan Mesir bahawa konvoi Viva Palestina memenuhi kehendak Mesir setibanya di sempadang Al Arish sepatutnya dapat masuk ke Gaza dengan sah. Namun, Mesir telah menambah syarat2 kemasukan ke Gaza semasa ketibaan konvoi dan ini menimbulkan pertanyaan apakah motif sebenar mereka ?? . Keadaan ini telah merenjatkan lima puluh trak bantuan ke Gaza.

Viva Palestin Malaysia dengan ini menuntut kerajaan Mesir supaya:

1. akan melepaskan semua ahli konvoi dan bertanggungjawab atas keselamatan mereka jika mereka belum diserahkan.

2. akan memastikan keselamatan, kecepatan dan bebas insiden kepada ahli2 konvoi ke Gaza.

Viva Palestina Malaysia mengulangi bahawa negara jiran Mesir mempunyai kelebihan dalam memastikan perjalanan konvoi mencapai misinya. Sebaliknya, seperti yang diketahui umum, kerajaan Mesir telah merosakkan perjalanan ini. Mesir yang mengakui berdiri menyokong rakyat Palestin ternyata dalam episod sedih telah merungkaikan segalanya. Kerajaan Mesir kini telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa memang ada pengepungan di Gaza dan Mesir adalah kaki tangan utama dalam jenayah keji ini.

Viva Palestina Malaysia sangat kecewa dengan tindakan memalukan kerajaan Mesir ini. Kami berharap kerajaan Mesir akhirnya akan melakukan apa yang benar terhadap Palestin dan menebus reputasinya yang telah compang-camping di mata ketamadunan dunia.

sumber Dr Hafidzi Mohd Noor (JIM)
penterjemah : gunx

*dengan sedikit editing

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Ass Wr Wb… saya pelajar master di Universitas Kebangsaan Malaysia, saya ingin sekali menjadi dan berpartisipasi konvoy kemanusiaan untuk Palestina. tolong berikan saya informasinya,, terimakasih.

    Wss Wr Wb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s