Program anjuran Lajnah Dakwah DPP P. Pinang yang bermatlamatkan amar makruf nahi mungkar ini dijalankan bermula jam 12.30 pagi 1 Januari 2010 yang lalu. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Sdr. Azarizal memberikan taklimat sebelum kami turun ke lapangan

Kumpulan yang saya sertai berkumpul di Masjid Kelawai & kawasan sasaran kami adalah di Padang Kota. Terdapat 5 orang muslimat yang turut menyertai kami. Di Padang Kota, kami menyampaikan risalah disamping mengambil peluang untuk memberi kata-kata nasihat & mungkin juga peringatan untuk sesiapa yang kami dekati, majoritinya remaja. Pelbagai reaksi diterima, positif, juga yang negatif. Ia juga memberi latihan kepada kami dari aspek dakwah secara turun ke lapangan yang sememangnya memerlukan lebih tindakan praktikal.

Sdr. Taufik di lapangan

Dari pemerhatian saya, kebanyakan remaja belasan tahun memberi respon yang positif. Dalam pada itu, saya agak terkilan melihat keluarga yang turut sama melepak pada pagi-pagi buta itu tanpa membuat apa-apa yang konstruktif, & pada masa yang sama mendedahkan anak-anak mereka pada pemandangan sosial yang tidak patut mereka lihat.

Saya bukanlah orang yang layak menegur sesiapa, kerana saya juga punya kekhilafan saya sendiri, terutama di dalam lipatan sejarah, tapi soal menjaga anak & masa depan mereka bukanlah sesuatu yang sepatutnya diambil ringan & menjuruskan mereka kepada keseronokan semata-mata adalah tindakan yang sangat malang jika dilakukan oleh para ibubapa.

Jam 3, kami kembali berada di Masjid Kelawai untuk sama-sama solat sunat gerhana bulan secara berjemaah & khutbah selepas itu disampaikan oleh Ustaz Zakaria.

Ust. Zakaria sedang menyampaikan khutbah solat sunat gerhana bulan

Terimakasih kepada DPP PP, Unit Amal, muslimin & muslimat yang terlibat, juga kepada pihak Masjid Kelawai yang memberikan kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah.

*Tulisan laporan ini lambat disiarkan kerana kesibukan yang amat. Harap maaf.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s