Kadang-kadang bila kita merasa keseorangan, bila kita dilupakan dengan perkara-perkara yang melalaikan, Allah menghamparkan kasih sayangNya pada kita. Ia mungkin datang dalam pelbagai bentuk… mungkin pengalaman, peristiwa, nasihat, ceramah, buku, & mungkin juga video…

Dan video ini sangat menyedarkan saya tentang kasih sayang Allah. Harap semua pun mendapat manfaatnya…

*

This beautiful video is made by Bro. EmanulIslam. May Allah bless you bro.

Bismillahirahmani rahim

Kisah Seorang Pelajar Yang Soleh

Ada seorang pemuda pelajar yang belajar di Delhi. Hari sudahpun malam, & dia duduk bersendirian di satu Masjid, belajar di bawah cahaya lampu.

Di tempat yang sama, seorang gadis dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya.

Tiba-tiba, satu kekacauan berlaku & jalan-jalan di situ menjadi tidak selamat.

Gadis itu tak dapat mencari tempat untuknya berlindung, kecuali Masjid yang satu itu.

Bila pemuda pelajar itu melihat gadis tersebut, dia menyuruh gadis itu meninggalkan tempat itu dengan segera.

Katanya, “Tak elok saudari berada di sini sebab kalau ada orang tempatan yang nampak saudari di sini ia akan memberi malu kepada saya. Mereka akan menghalau saya dari masjid & ini akan mengancam pengajian saya.”

Ketakutan & keseorangan, gadis itu menerangkan keadaannya; “Satu kekacauan telah berlaku di sini & jika saya meninggalkan masjid ini saya bimbang kehormatan saya akan diapa-apakan.”

Bila mendengar penjelasan gadis itu, pemuda pelajar itu diam & meminta gadis itu duduk di satu sudut.

Pemuda pelajar itu kemudiannya kembali ke sudutnya & menenggelamkan dirinya dalam pembelajarannya sepanjang malam itu.

Sambil dia mentelaah, dia berkali-kali meletakkan hujung jarinya pada api di lampu belajarnya.

Gadis muda itu telah memerhatikan tindak-tanduk lelaki itu.

Perlahan-lahan, malam pun beredar.

Habis Subuh, pemuda pelajar itu memberitahu gadis tersebut;

“Kekacauan dah tamat & jalanraya sekarang dah selamat. Biar saya hantar saudari pulang ke rumah saudari.”

Gadis itu berkata, “Saya tak akan pulang ke rumah kecuali saudara beritahu saya rahsianya kenapa saudara berulang-ulang meletakkan hujung jari pada api lampu saudara.”

Pemuda itu berkata, “Tak perlula saudari tau pasal tu.”

Walaubagaimanapun, gadis itu tetap bersungguh-sungguh dalam permintaannya.

Akhirnya pemuda pelajar itu berkata,

“Syaitan berulang-ulang membisikkan ke hati saya & menyuruh saya berbuat maksiat dengan saudari.”

“Lalu saya meletakkan hujung jari saya ke api & berkata pada diri saya; ” Sedangkan api dunia pun kau tak dapat tahan lalu bagaimanakah kau boleh tahan api Jahannam yang menyiksakan itu?”

Allah, dengan kasih sayangNya, telah melindungi saya.”

Selepas mendengarnya, gadis itu pun pulang ke rumahnya.

Gadis itu adalah anak kepada seorang kaya & dia bakal ditunangkan dengan seorang kaya yang lain.

Selepas peristiwa itu gadis tersebut menolak pertunangan tersebut & berkata, ” Saya ingin mengahwini seorang pemuda pelajar yang tinggal di masjid yang tersebut.”

Ibubapa & saudara-maranya mula memujuknya. Dan ramai yang mula memandang serong terhadapnya.

Menyedari perkara itu, gadis itu pun menceritakan keseluruhan peristiwa yang telah berlaku sebelum itu, & berkata,

“Saya hanya akan mengahwini dia kerana hatinya yang takut pada Allah.”

“Dan sesiapa yang takut kepada Allah tak mungkin akan menyakiti sesiapa.”

Akhirnya, mereka dinikahkan.

Dan Allah memurahkan rezeki mereka.

______________________________________________

“Manusia berkahwin kerana 4 sebab;

Kecantikan. Kekayaan. Keturunan. & Kemuliaan (agama).

Berkahwinlah kerana agamanya & kamu akan berjaya.”

-al-Hadith

Apakah sebab anda?

*This incident was narrated by Maulana Siddique Ahmed Saheb Mudda Zilluhu. It can be found in the book “Adaa’bul Muta’allimeen” The main story remains the same; only certain elements were slightly modified for ‘theatrical effect’ The core events and happenings remain the same. And Allah knows best.

____________________

You can read the comic version of this story. You can start from the cover by clicking here.

One response »

  1. ira^cairo says:

    Salam ….

    Thanks a lot …. ‘ Nice Story ‘,jadikan pengajaran buat semua pembaca …. dan diri ini … InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s